Wednesday, July 6, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MATRIKULASI LABUAN.-hari Pertama.

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merangka program lawatan ke matrikulasi labuan yang julung kalinya membawa pelajar keluar daripada negeri Sabah. Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada dunia Institusi Pengajian Tinggi agar dapat memberi semangat dan dorongan motivasi kepada mereka. Selain daripada lawatan ke bilik kuliah, perpustakaan dan tempat2 menarik (pelancongan) di labuan pelajar juga telah diberikan abang atau kakak angkat seorang setiap seorang yang mana kesemua family angkat mereka adalah terdiri daripada pelajar matrikulasi yang mendapat 10A dala SPM..Pengisian program adalah seperti berikut :
1. Malam penghayatan.
2. strategi belajar subjek2 sains untuk pecutan akhir peperiksaan.
3. motivasi daripada kaunselor matrikulasi.
4. Lawatan ke pusat pelancongan labuan.
5. lawatan ke bilik2 khas matrikulasi dan sebagainya.
6.taklimat kemasukkan ke matrikulasi.

perjalanan pertama bermula pada 5 Julai 2011 jam 9pm..seramai 24 pelajar terpilih telah megikutinya dan kami tiba di menumbuk untuk menaiki kapal (feri) tepat jam 9am 6hb julai. perjalanan diatas feri mengambil masa selama 1 jam 30 minit. jelas terpancar kegembiraan pelajar kerana berpeluang untuk menaiki feri dan menikmati pemandangan laut.
 aktiviti pertama pelajar telah diberikan abang dan kakak angkat untuk mereka sama2 berkongsi tips kejayaan.sepanjang program pelajar akan bersama-sama dengan abang/kakak angkat mereka yg terdiri daripada pelajar cemerlang dalam SPM...
mari kita saksikan gambar-gambar yang diambil pada hari pertama di labuan.
 feri labuan yg menjadi pengangkutan pelajar2....
 atas feri bahagian tingkat ketiga..yang dapat melihat semua pemadangan 360 darjah...
 pemandangan dari atas feri...feri ini mampu memuatkan 500 penumpang pada satu2 masa..
 gelagat pelajar yang mengambil angin2 laut...


 penerangan kursus dan tips menghadapi peperiksaan oleh Matrikulasi






    
 
                                                                                              




0 SILA KOMEN SINI..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...