Wednesday, February 23, 2011

KARNIVAL JOM MASUK U DAN KARNIVAL MARA

KARNIVAL Jom masuk U akan diadakan di suria KK pada 26 - 27 februari ini..masuk adalah percuma..kepada pelajar yang berminat sila datang sendiri ke sana atau sila sms cikgu Sudirman kerana cikgu berada di sana pada ketika itu...semua Universiti kerajaan dan swasta termasuk kolej akan ada di sini membuat pameran dan temuduga untuk menentukan kelayakan anda..
 karnival MARA untuk pelajar yang sedang mencari kerja juga akan berlangsung 29 - 30 mac di tempat yang sama.banyak syarikat akan berada di sana untuk mencari calon2 yang memerlukan kerja...MARA menyediakan bantuan kewangan dan merupakan tajaan kepada banyak instutusi pendidikan di Malaysia

 sebarang persoalan sila berhubung dengan kaunselor anda..

Tuesday, February 22, 2011

MARA -peluang melanjutkan pelajaran untuk PMR dan SPM

salam..mesti anda mencari di mana cikgu sudirman..saya sekarang berada di Kota Kinabalu untuk seminar anjuran MARA..ni dia bahan untuk perkongsian anda..


PMR
-tahukah anda selepas PMR MARA ada menyediakan satu tempat untuk anda melanjutkan pelajaran?...
-tahukah anda bahawa MARA juga menyediakan kewangan kepada anda untuk menjadikan impian anda satu kenyataan??..

BAGAIMANA caranya??
-MRSM (Maktab Rendah Sains MARA)...pelajar yang layak hanyalah pelajar yang mendapat kesemua A dalam PMR.
-Memohon melalui UNit Bimbingan Dan Kaunseling di Sekolah dan dapatkan borang di sana.
-Aliran Sains biasanya tertumpu ke Maktab ini dan pelajar yang masuk majoritinya akan mempunyai masa depan yang cerah untuk masuk ke IPT.

SPM
-Sekiranya anda mendapat keputusan yang baik tapi tiada duit untuk meneruskan pelajaran tahukah anda MARA dapat membantu anda?
-sekiranya anda mendapat keputusan yang teruk dalam SPM tahukah anda bahawa MARA dapat membantu anda untuk terus belajar dan boleh masuk ke Universiti??

BAGAIMANA caranya?
-BILA anda mendapat keputusan yang teruk dalam SPM teruskan pembelajaran anda di GIATMARA untuk program2 yang anda minati..sekiranya anda mendapat keputusan yang baik pihak MARA akan menanggung perbelanjaan anda ke IKM (Institut Kemahiran MARA) dan di sana anda mendapat keputusan yang cemerlang maka anda akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI KUALA LUMPUR dalam diploma atau Ijazah..maklumat Universiti ini sila klik HERE

-Sekiranya anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Maka MARA akan memberikan anda sumbangan atau tajaan untuk pembelajaran anda...

maklumat mengenai MARA sila klik ejaan ini -HERE

SEBARANG PERTANYAAN SILA BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR ANDA..

Thursday, February 17, 2011

PERTANDINGAN MEMBUAT JADUAL WAKTU PALING KREATIF

Unit Bimbingan dan Kaunseling sedang mengadakan pertandingan membuat jadual waktu kepada semua pelajar.Pertandingan ini melibatkan jadual waktu setiap pelajar iaitu jadual waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas..kreativiti anda adalah bebas..anda boleh membuat apa2 sahaja design mengikut kreativiti anda dan pemenang akan dipilih dari setiap kelas untuk dipertandingan antara tingkatan bagi merangkul anugerah jaduah waktu terbaik untuk tahun 2011.

pemenang dari setiap tingkatan akan menerima RM30 + sijil + hadiah

Pemenang keseluruhan pula akan menerima RM50 + sijil + hadiah

Bagi tingkatan 3 dan 5 anda juga diwajibkan untuk membuat target anda dalam peperiksaan PMR dan SPM dan pemenang bagi PMR dan SPM akan menerima RM50 + hadiah dan sijil..

ingat..anda haruslah membuat jadual dan target tersebut berdasarkan kreativiti anda..

Penilaian akan mula dijalankan bermula 24 februari 2011.

sebarang masalah sila merujuk dengan cikgu Sudirman dan Cikgu Siti Nirani di Unit Bimbingan dan Kaunseling

Thursday, February 3, 2011

ANDA, MAK , AYAH ATAU KAWAN MEROKOK???

Salam semuanya..hari ini kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin berkongsi dengan anda yang merokok atau mungkin kawan2, mak atau ayah anda merokok...ini adalah kandungan dalam rokok..

 perbezaan orang yang merokok dengan tidak merokok..putih itu paru2 yang bersih..tidak merokok..tapi yang hitam itu adalah paru2 seorang perokok


kesan daripada merokok terhadap badan anda..


dan ini pula salah satu penyakit yang akan menyerang kepada perokok
ingatlah..merokok akan membahayakan nyawa anda..berjumpalah dengan guru di UBK untuk anda mengetahui bagaimana cara untuk berhenti merokok

Tuesday, February 1, 2011

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

Unit Bimbingan dan Kaunseling telah membuka keahlian untuk menjadi ahli dalam Pembimbing Rakan Sebaya untuk tahun 2011. Sila dapatkan borang pencalonan di bilik UBK bermula 1 Feb 2011 dan temuduga akan diadakan selepas sukan sekolah. Anda haruslah mempunyai kriteria-kriteria seperti berikut :

1.Sifat membantu yang tinggi.
2.Keinginan yang kuat untuk membimbing diri sendiri
3.Penyayang
4.Diterima oleh rakan-rakan.
5. mempunyai sifat yang terbuka
6. Jujur, amanah dan boleh dipercayai.
7. Rajin.

sekiranya berminat sila dapatkan borang pencalonan dengan guru UBK anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...