Mulianya sikap berterima kasih
Ucapan terima kasih adalah sebagai tanda kita ingin menghargai seseorang atas kebaikan yang dilakukan ke atas diri kita dan orang lain Jika kita pandai menghargai seseorang dengan ucapan terima kasih maka orang lain juga akan lebih selesa dengan kita. Dan perhubungan kita dengan seseorang akan menjadi lebih rapat lagi. Sifat suka berterima kasih juga adalah sifat yang terpuji dan disukai oleh orang lain. Kenapa perlu berterima kasih dalam hidup ini?
Ucapan terima kasih adalah sebagai menghargai jasa dan budi baik seseorang ke atas diri anda. Jika kita tidak pandai untuk berterima kasih kepada orang lain maka orang lain akan menganggap kita seorang yang tidak tahu menghargai budi baik yang telah diberikan. Mungkin seseorang itu akan terasa hati dengan diri kita. Jadi, ucaplah terima kasih atas setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang kepada diri kita ini. Mudah-mudahan kita akan memperoleh banyak kebaikan dari lagi pada masa akan datang.
Sebagai seorang muslim ucapan terima kasih adalah satu perbuatan yang sungguh mulia. Tidak susah pun nak ucapkan terima kasih ni kepada orang lain. Mungkin anda tidak mampu untuk membalas balik atas kebaikan yang orang lakukan terhadap anda. Dengan ucapan terima kasih adalah sudah mencukupi sebagai tanda kita menghargainya. Perbuatan berterima kasih ini adalah sungguh mulia sekali.
Ia dapat memelihara hubungan baik anda dengan sahabat anda. Jika anda mempunyai seorang sahabat yang banyak menolong anda dalam banyak perkara dalam hidup anda, maka anda perlulah selalu mengucapkan terima kasih kepadanya. Ini dapat mengekalkan hubungan baik persahabatan anda dengan sahabat anda sampai bila-bila pun. Ia juga dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara kita dan juga sahabat.
Kepada ibu bapa kita jangan dilupakan. Merekalah yang telah mendidik dan telah membesarkan kita sejak dari kecil. Dengan ucapan terima kasih dan membalas jasa mereka di dunia ini sebenarnya masih tidak mencukupi untuk membalas segala jasa mereka terhadap kita selama ini. Janganlah jadi seorang anak yang tidak tahu berterima kasih. Sayangilah mereka selalu sebagai tanda kita anak yang soleh yang selalu menghargai jasa mereka.
Terima kasih cikgu. Itulah ucapan sebagai menghargai jasa seorang guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita selama ini. Ilmu yang telah diajarkan oleh guru kepada anda pula hendaklah diamalkan bagi mengelakkan ilmu yang anda dapat menjadi ilmu yang sia-sia sahaja. Ia juga menunjukkan sebagai tanda terima kasih anda kepada guru anda yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anda selama ini. Tidak kiralah apa jua jenis ilmu yang diajar oleh guru tersebut asalkan ilmu tersebut membawa kebaikan dunia dan akhirat
Terima kasih cikgu. Itulah ucapan sebagai menghargai jasa seorang guru yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada kita selama ini. Ilmu yang telah diajarkan oleh guru kepada anda pula hendaklah diamalkan bagi mengelakkan ilmu yang anda dapat menjadi ilmu yang sia-sia sahaja. Ia juga menunjukkan sebagai tanda terima kasih anda kepada guru anda yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anda selama ini. Tidak kiralah apa jua jenis ilmu yang diajar oleh guru tersebut asalkan ilmu tersebut membawa kebaikan dunia dan akhirat
Seorang muslim perlulah sentiasa mengingati segala jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Jasa baginda kepada umat islam sangatlah besar sehingga kita dapat mengecapi akan nikmat islam yang kita sedang anuti pada hari ini. Perbanyakkanlah selawat dan salam ke atas baginda sebagai tanda terima kasih dan sayang kita kepada baginda.
Sebagai seorang hamba yang taat kepada Allah jangan kita lupakan segala nikmat yang telah diberikan kepada kita.Selalulah mengucapkan syukur kepadaNya dengan ucapan Alhamdulillah sebagai tanda terima kasih atas segala nikmat yang telah diberikan. Jadilah seorang hamba yang taat akan segala perintah dan larangannya didunia ini. Itulah sebagai tanda kita berterima kasih dan bersyukur kepadaNya kerna dikurniakan pelbagai nikmat di dunia ni.
Akhir sekali, lakukanlah ucapan terima kasih itu dengan hati yang ikhlas jangan pula anda rasa terpaksa untuk lakukannya. Jika anda mengucapkan ucapan terima kasih itu dari hati yang ikhlas, ia juga akan memberi kebahagiaan kepada diri anda juga. Tanpa rasa ikhlas ini, ucapan terima kasih anda tidak membawa sebarang makna kepada diri anda dan juga orang lain. Orang lain pun akan nampak pada diri anda jika anda terpaksa untuk mengucapkan ucapan terima kasih.
1. Fikirkan boleh
Tidak ada yang mustahil sebelum dicuba? kenapa perlu mengalah sebelum mencuba?kalau orang lain boleh melakukan, kenapa anada tidak?inilah cogankata yang perlu kita sematkan dalam minda dan hati kita. Dengan berpegang dengan cogankata ini.tiada apa yang mustahildalam hidup anda.
2. Anda bukan gagal, cuma belum berjaya
Jangan cepat melabelkan diri sendiri sebagai seorang yang `GAGAL'. Kesannya amat buruk sekali. Anda bukan gagal, tetapi belum berjaya. Mungkin anda hanya perlukan selangkah lagi untuk berjaya, jadi kenapa berhenti sekarang?
3. Berdikari
Jangan Terlalu Bergantung Kepada Orang Lain. Semua manusia dalam dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Anda juga tidak terkecuali. Apa yang anda perlu lakukan ialah mengenali potensi diri dan menggilapnya. Anda boleh melakukannya sendiri tanpa bergantung kepada orang lain. Anda ada kekuatan yang tidak dimiliki oleh orang lain.
4. Berfikir Secara Kreatif
Dengan berkreatif, anda akan melihat `cahaya-cahaya' baru yang boleh menerangi `kegelapan' selama ini. Kadangkala perkara itu bukanlah sukar pun, tetapi oleh kerana anda menyempitkan pemikiran, akhirnya anda rasa terhimpit dan hilang motivasi. Oleh itu, belajarlah untuk berkreatif.
5. Bersikap Positif dan Optmitis
Langit tidak akan selamanya mendung, alam tidak akan selamanya malam. Pasti suatu ketika fajar akan menyinsing datang menebarkan sinarnya. Jangan berputus asa dengan rahmat Tuhan. Berbaik sangka denganNya dan berusahalah sehingga berjaya.
6. Berilah sedikit masa untuk berjaya
Ia seperti anda bercucuk tanam. Jika hari ini anda menyemai pokok durian, mungkin lima, tujuh tahun nanti barulah anda mendapatkan hasilnya. Begitu juga dalam karier dan kerjaya. Anda perlukan masa untuk mendaki tangga kejayaan.
7. Rujuk matlamat hidup
Adakah anda di atas landasannya? Jika ya, jangan gundah gulana. Anda tidak akan tersesat selagi di atas landasan yang betul. Teruskan dengan jadual perancangan anda dan tingkatkan usaha lagi.
8. Pertingkatkan Ilmu dan Kemahiran
Mungkin bukan kerana anda tidak boleh berjaya, tetapi ada beberapa `kelengkapan' yang masih belum dimiliki. Ia adalah ilmu dan kemahiran. Anda boleh mendapatkannya melalui pendidikan formal atau tidak formal. Tetapi ada satu sistem pendidikan yang mempunyai kesan yang sangat hebat, iaitu pengalaman. Belajarlah daripadanya.
9. Fahami fitrah alam
Kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jika anda hendak menjadi seorang yang tewas, ianya sangat mudah. Jika hendak mendapatkan wang, anda perlu bekerja. Tetapi jika hendak kehilangan wang, anda boleh mencampakkannya ke mana-mana. Mudah bukan? Itulah hukum alam; kejayaan bukan sesuatu yang mudah. Jangan rasa lemah dan longlai semata-mata kerana ianya sukar. Mungkin itu adalah petanda kejayaan yang semakin hampir.
10. Tuhan akan bersama dengan kebenaran
Buatlah sesuatu berasaskan kebenaran, pasti Tuhan akan bersama dengan anda. Jika Tuhan Yang Sangat Berkuasa itu turut bersama, apakah lagi yang anda inginkan?
5 Sikap Positif Perlu Anda Bina Tahun 2011
1. Berhenti mengkritik/komplen
Hentikan sikap yang suka mengkritik/mengomplen. Jangan pertikaikan sesuatu yang tidak pasti. Sebab setiap kali Anda mempertikaikannya, setiap kali itulah emosi negatif bangkit. Emosi seperti marah, geram, sakit hati akan bangkit tiap kali Anda melahirkan rasa tidak puas hati ketika mengkritik/mengomplen. Orang suka mengkritik ini, hidupnya tidak maju. Jika Anda mahu maju dan kehadapan, hentikan sikap suka mengkritik.
2. Berhenti berfikir kelebihan diri tetapi berfikir mempertingkatkan kualiti diri anda.
Elak untuk merasa diri Anda lebih dari orang lain. Elak merasakan diri Anda bagus, pandai, lebih bijak, lebih kaya, lebih berharta atau lebih tinggi. Ini akan menjadikan Anda seorang yang egois. Bila sudah ego, Anda tiada dorongan untuk maju. Anda akan sakit hati melihat kemajuan orang lain. Sekali anda jatuh anda akan susah untuk bangun. jadikan kejayaan orang lain sebagai role model dan membangkitkan semangat dan kekuatan dalam diri anda untuk menjadi lebih baik dan berguna kepada orang disisi anda.
- Sebaik-baik kesibukkan adalah kesibukkan memajukan diri, bukan sibuk menjaga hal orang. Sebaik-baik kesibukkan adalah kesibukkan membantu menjayakan hidup orang lain, bukan sibuk memburukkan hidup mereka. Dari Anda sibuk memikir hal orang lain, lebih baik sibuk berfikir kelemahan diri sendiri lalu berusaha memperbaikinya.
4. Hormati, kagumi, sanjungi.
Hormati sesiapa saja, kagumi pencapaian orang-orang yang Anda kenali dan yang Anda baca melalui buku, majalah atau melalui internet. Sanjungi pencapaian insan-insan hebat. Gabungankan ketiga-tiga sikap ini dan ia akan membuat Anda bermotivasi.
Jangan pandang orang berdasarkan jawatan, kerja, angka, duit dan harta. Hormatilah sesiapa saja, walau siapapun dia. Anda akan bermotivasi memajukan hidup Anda lantas menjadikan apa saja perkara Anda usahakan bepotensi untuk berjaya.
- Anda bantu orang lain berjaya, Anda juga akan berjaya. Apa yang Anda lakukan pada orang lain, itu jugalah dibalas pada Anda. Doakan kejayaan dan usahanya setiap kali Anda tidur, setiap kali Anda bangun. Anda akan perasan Anda pun jadi bersemangat sama. Energi positif yang Anda salurkan tatkala Anda mendoakan kejayaan seseorang akan membuat Anda bersemangat sentiasa.
APA ERTI KEGAGALAN
Kegagalan bukan bererti anda seorang yang gagal
Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi
Kegagalan bukan bererti anda tidak mencapai apa – apa
Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu
Kegagalan bukan bererti anda bodoh kerana mencuba
Ia bererti anda berani, berhati teguh, bersemangat waja
Jadi, berbanggalah dengan diri anda
Kegagalan bukan bermakna anda tidak akan berjaya
Ia sebenarnya bermakna anda memerlukan sedikit masa lagi
Kegagalan bukan bermakna anda kecundang
Ia hanyalah bermakna anda masih berpeluang untuk mencuba semula, mencuba sesuatu yang baru
Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah meninggalkan anda
Ia sebenarnya bermakna Dia mempunyai perancangan yang lebih baik untuk anda
Jadi benarlah,
Kegagalan itu tidak pernah muktamad