Monday, July 26, 2010

LIHAT TITIK TGH 10 SAAT..AJAIB...

Lihat titik tengah (3 titik tu) selama 10 saat dan alihkan pandangan anda ke dinding kosong..lihatlah keajaibannya sendiri..setelah anda lihat difikirkan sejenak apa yang telah anda lakukan selama ini...selamat mencuba

Thursday, July 22, 2010

EXAM SEMAKIN HAMPIR??

20A spm
Bercerita pasal exam PMR,SPM dan STPM dan mungkin juga exam pangkal ke 2 yg akan dihadapi oleh semua pelajar. CIkgu yakin ramai yg rasa takut,gerun dan mungkin juga ada yang rasa selamba sahaja bila memikirkan tentang peperiksaan. APa pun perasaan anda cikgu ingin ingatkan bahawa kejayaan anda disekolah akan dinilai dari prestasi akademik yang anda perolehi.Semakin baik keputusan yang anda perolehi semakin cerahlah masa depan anda. Tidakkah anda semua pernah terfikir apakah perasaan dan tingkah laku yang anda keluarkan di saat guru kelas memberikan keputusan sebenar anda dalam PMR,SPM atau STPM dan guru tersebut berkata "harap maaf, keputusan anda sangat teruk. Anda tidak layak untuk sambung pelajaran walau kemana-mana pun"...Ya ALLAH..jika cikgu lah..cikgu pasti akan menangis mengenangkan apa perasaan IBU BAPA cikgu bila dapat mengetahuinya dan apa yang akan saya lakukan selepas ini sekiranya saya tidak boleh bersekolah lagi...TAPI..sekiranya guru kelas itu berkata seperti ini "Tahniah..anda dapat 10A dalam SPM atau 8A dalam PMR atau 4A dalam STPM..disaat itu anda fikirlah sendiri apa akan berlaku kepada anda....maybe akan ada yang berteriak, menangis kegembiraan dan tidak sabar untuk memberitahunya kepada semua family anda...cuba lihat gambar di atas..rumah pelajar itu MISKIN dan lihat keputusan SPMnya..20A dan situasi itu memberikan seribu harapan kepada ibu bapanya..jika cikgu adalah BAPA..cikgu sanggup lagi hidup menderita seperti itu asalkan anak-anak cikgu berjaya..fikirkan...

Monday, July 19, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010

NI LAH SEMUA GURU2 YG HENSEM DAN CANTIK2..HEHE

NYANYI JGN TAK NYANYI

KAMI GADIS BUDIMAN..BERSEDIA DAN BERJANJI..HAHA

MENYANYI DAN MENARI...HUHUHUHU




PROGRAM BERSAMA IBU BAPA.POLIS DAN PELAJAR


pada 16 Julai 2010 persamaan hari jumaat jam 9.00am telah diadakan program pertemuan diantara pelajar berisiko dengan ibu bapa dan pihak polis.Tujuan program adalah untuk membantu pelajar agar dapat menjadi yang lebih baik dari sebelum ini.Dengan program ini saya percaya bahawa pelajar akan mengetahui lebih banyak maklumat mengenai undang2 sekolah dan undang2 luar dari sekolah.penglibatan ibu bapa juga sangat penting untuk pembangunan sahsiah pelajar ini kerana kedua-duanya memainkan peranan penting..cikgu sayangkan kamu semua jadi cikgu tidak mahu lepas ini kamu semua disabitkan lagi dengan kesalahan yang lebih berat jadi cikgu buat program ini untuk membantu anda semua..good luck ye...semoga lepas ni lebih baik dari hari2 yang telah berlalu..aminnn

Tuesday, July 13, 2010

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR

Satu Program Untuk Semua tingkatan 3 akan diadakan bermula 19 - 22Julai 2010. Program ini adalah program teknik menjawab soalan peperiksaan dalam PMR yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai cara2 menjawab soalan agar mendapat markah yang baik dalam PMR nanti selain diberikan tips / ramalan soalan yang harus dititikberatkan..Semua pelajar haruslah hadir agar anda mendapat maklumat penting ini..jgn lupa ya ramai2 kita hangatkan bilik persembahan.....BILA TAH FAHAM TANYA JE BERABIS K...hehehe..berikut adalah jadual program tu
19 JULAI -BAHASA MELAYU / BAHASA INGGERIS
20 JULAI - SEJARAH / KEMAHIRAN HIDUP
21 JULAI - SAINS / GEOGRARI
22 JULAI - PENDIDIKAN ISLAM / MATEMATIK

Wednesday, July 7, 2010

ANDA STRESS??NI UBATNYA..

Jika anda mempunyai symptom-simptom stress anda bukanlah berseorangan di dunia ini yang menghadapi masalah seperti ini. Sebanyak 85% dari mereka yang datang jumpa doktor (peratus yang agak sama juga datang berjumpa ahli psikologi) mengadu bahawa mereka mengalami stress/tekanan. Apabila anda selalu mengalami stress/tekanan anda berkemungkinan besar akan mengalami sakit kepala, ulsers, insomnia (tak boleh tidur), keletihan, darah tinggi, sakit bahu dan berbagai jenis sakit yang disebabkan stress. Dalam kehidupan seharian, kita mengalami seribu macam keadaan di mana jantung kita berdegup dengan kuat, badan (terutama bahagian tangan) terasa sejuk, berpeluh dan otot menjadi tegang.
BAGAIMANA KITA BOLEH STRESS
Para penyelidik mendapati apabila kita berhadapan dengan situasi yang menimbulkan stress badan kita akan menyediakan respons ‘fight-or-flight’ dan keadaan ini mungkin memakan masa di antara 20 hingga 30 minit sementara badan kita mengambil masa di antara 2 hingga ke 3 jam untuk menjadi normal semula. Jadi jikalau keadaan seperti ini berlaku terlalu kerap maka kita dapati tiada ruang bagi badan kita untuk kembali kepada tahap normal. Keadaan ketegangan ini kian hari kian bertambah sehingga ia menjadi bertimbun dan mengakibatkan kita berasa letih, sakit bahu dan kesakitan-kesakitan lain.
BAGAIMANA ATASI???
Perkara yang penting bagi kita lakukan ialah untuk menguruskan diri kita secara efisen. Pada asasnya sebahagian besar dari anda (pelajar) terpaksa hidup berdikari dan kegagalan untuk menguruskan kehidupan harian adalah punca utama stress. Menangguh kerja, kekurangan wang, konflik dengan sabahat/kekasih, masalah kekeluargaan dan berbagai lagi situasi adalah perkara-perkara yang biasa kita hadapi. Kejayaan kita menguruskan perkara-perkara ini dengan baik akan menentukan tahap stress kita. Dengan perkataan lain bagaimana kita menguruskan tekanan adalah cara utama untuk mengurangkan tahap stress yang kita alami.

Kunci untuk menghadapi segala masalah ini adalah dengan mempelajari dan mempraktikkan cara untuk relaks semasa kita menghadapi stress dalam kehidupan kita setiap hari. Otot-otot di beberapa bahagian badan kita boleh dikendurkan ketegangannya dengan melakukan latihan relaksasi di beberapa bahagian tertentu. Bahagian-bahagian utama yang kita tumpukan adalah tangan, lengan, muka, bahu perut, peha dan kaki. Anda adalah disarankan untuk melakukan latihan relaksasi setiap hari sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali pada permulaannya dan boleh mengurangkannya apabila anda telah memperolehi kemahiran relaksasi.

Tuesday, July 6, 2010

PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH PELAJAR(TING 1)


Program Pembangunan Sahsiah Pelajar bagi tingkatan 1 telah diadakan dengan jayanya pada hari ini (6 Julai 2010) ..semua pelajar tingkatan 1 telah didedahkan tentang skop permasalahan di sekolah seperti Ponteng,merokok,melawan kata guru dan bergaduh disamping maklumat pengurusan diri dari kaunselor sekolah.Maklumat ini penting untuk didedahkan kepada pelajar agar mereka mampu berdiri dikaki sendiri dan percaya bahawa sikap dalaman adalah penentu kepada pembentukkan jati diri dan disiplin mereka.esok pula akan menyusul untuk tingkatan 2 dan seterusnya..semoga program ini berjaya..ingat cakap cikgu..SIKAP diri sendiri adalah penentu kepada kejayaan..kita yg kena berubah bukan orang lain...peaceeeee

Monday, July 5, 2010

KARATE KID??

Mau kongsikan sesuatu kepada semua..baru2 ni cikgu sempat melihat di pawagam citer karate kid ni dengan kawan baik cikgu..Cerita ni banyak pengajaran yg boleh diambil oleh saya dan anda semua..cerita mengenai seorang budak yg sering di buli dan akhirnya berkat usahanya dia telah berjaya untuk tundukkan semua pembuli-pembuli tu..dalam citer ni ada 1 dialog yg cikgu suka iaitu "KDG2 KEHIDUPAN AKAN MEMBERIKAN KITA KESUSAHAN DAN MENYEBABKAN KITA JATUH..NAMUN KITA SEBENARNYA ADA PILIHAN SAMA ADA MAHU BANGUN SEMULA ATAU TIDAK"..KITA PENENTUNYA..emm..kata2 ni betul2 memberikan semangat kpd sesiapa yg melihat ertinya secara tersirat..Pilihan??ya..sebenarnya dalam hidup ni kita sentiasa ada pilihan dan pilihan itu seharusnya menjadi titik tolak dalam kita menentukan arah tuju..kita ada pilihan..pilihlah untuk sentiasa bangun walaupun anda seringkali jatuh...yeeeee......

Thursday, July 1, 2010

TANGISAN PELAJAR...

Tangisan pelajar ketika program motivasi dijalankan.Tangisan dan air mata yang keluar dari hati adalah tangisan yang bukan direka-reka atau sengaja dikeluarkan tetapi ia titisan air mata keinsafan yang menyedari betapa persahabatan dan kecemerlangan mereka untuk diri sendiri dan khasnya Ibu Bapa sangat-sangat diperlukan. Tangisan ini cikgu harapkan dapat memberikan semangat dan pengajaran kepada semua bahawa hidup ini tidaklah seindah yang kita gambarkan..tidaklah secantik yang kita harapkan..didepan akan tersedia jalan yang cantik tapi pasti akan ada duri dan duka dalam perjuangan untuk menyelesaikan perjalanan jauh itu...semoga semua program motivasi yang dianjurkan dan semua kata-kata semangat yg dilontarkan dalam dijadikan pedoman untuk menjadi pelajar yang berjaya kelak.Sesungguhnya semua kami guru-guru SMKBG2 mendoakan yang terbaik untuk anda semua..belajar baik2 dan katakan dalam diri "mak..bapa..akan aku hadiahkan kejayaan itu untuk mu"...aku janji ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...