Tuesday, April 19, 2011

PROGRAM UBK TERDEKAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
 Terlebih dahulu diucapkan tahniah kepaada 10 orang pelajar terbaik SPM yang telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM 2010. Penama-penama ini anda boleh melihatnya di ruangan BEST STUDENT di atas blog ini. Semoga kejayaan yang mereka perolehi akan memberi semangat dan panduan kepada semua warga SMK Bukit Garam 2..

Bulan April Telah kembali...pelbagai peristiwa dan program akan dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bertujuaan untuk membantu pelajar sama ada dari aspek pendedahan kerjaya, Motivasi, Kepimpinan, Peribadi dan sebagainya. Berikut adalah beberapa program yang telah dijalankan dan akan diteruskan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.

APRIL
1. Program Pendedahan Dunia MARA (13 April 2011).
-Pameran daripada GiatMara bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang peluang Sijil Kemahiran Malaysia yang biasanya difokuskan kepada pelajar yang mendapat keputusan yang rendah dalam Peperiksaan.

2. Program Kajian Tindakan Pelajar POnteng (19 April 2011)
-Senarai pelajar ponteng atau kerap tidak hadir ke sekolah akan dikeluarkan dan mereka akan mengikuti kajian ini sebagai responden bertujuan untuk melihat mengapa kes ini terjadi di Sekolah kita.

3. Program pelajar COUPLE (Bermula 25 April 2011)
-Program ini adalah satu bentuk pencegahan kepada wujudnya masalah sosial yang lebih teruk. Senarai pelajar couple akan diperolehi daripada guru-guru dan juga Badan Disiplin dan selepas itu satu perjumpaan bersama Pengetua dan juga beberapa program susulan termasuk berjumpa dengan Ibu Bapa akan diadakan. Kepada yang sering berdating tu..heheheh..mungkinkah anda adalah peserta???

4. Pameran Jabatan Tenaga Kerja Malaysia (27 April 2011)
-pameran ini akan diadakan di depan UBK..

5. Solat Hajat PMR (29 April 2011)
-Mendoakan kejayaan pelajar-pelajar PMR..

6. Pemilihan pelajar ke pertandingan Karnival Kaunseling Kerjaya peringkat daerah pada 22 Jun 2011 bertempat di SK Bukit Garam 2..Pemilihan pelajar dari aspek aktiviti berikut :
-Folio kerjaya (2 orang)
-Sketsa Kerjaya (11 orang)
-EKslorasi Alam kerjaya (4 orang)
-Poster kerjaya (2 orang)
-Kain Rentang (4 orang)
-Media Maklumat (4orang)

7. Kem Mercu Jaya PMR (6-8 Mei 2011)

Semoga anda semua sentiasa memanfaatkan masa yang ada..Jangan leka dan sentiasalah belajar untuk membaiki diri dari masa ke masa kerana sesungguhnya jika hari ini lebih teruk daripada kelmarin maka anda diketegorikan sebagai orang2 yang celaka...

Sebarang permasalahan anda boleh merujuk kepada Kaunselor di Unit Bimbingan dan Kaunseling. kedatangan anda sangat2 dialu-alukan.

Monday, April 11, 2011

Jika anda ingin berjaya..berhentilah dari mengeluh

Seringkali kita mengeluh dengan pelbagai alasan ; kerana tidak merasa bahagia, kerana tidak memiliki kawan, kerana merasa tidak sempurna dan banyak lagi keluhan yang lain.Mari kita pandang gambar-gambar di atas. Masihkah kita akan mengeluh setelah melihat “perjuangan” mereka? masihkah kita mempersoalkan pelbagai kekurangan dengan melihat segala keterbatasan mereka? semoga setelah ini, akan berkuranglah keluhan-keluhan kita.
tq to seribu warna  pelangi..

Monday, April 4, 2011

Formula untuk berjaya

MELALUI kegagalan, kita dapat membuat pertimbangan berhubung kekuatan dan kelemahan diri.


Jangan takut dengan kegagalan, penderitaan dan kesengsaraan. Selagi kita tidak berputus asa, maka kejayaan semakin menghampiri.
Kegagalan adalah satu proses pembelajaran yang sangat penting. Setiap kali gagal kita dirangsang untuk berusaha lebih kuat dan semakin hampir dengan kejayaan. Kejayaan dan kegagalan sentiasa silih berganti. Hari ini kita gagal dan kecewa, esok kita mungkin berjaya dan gembira.

Kegagalan adalah permulaan kejayaan sekiranya kita tidak berputus asa, kerana sejarah membuktikan kegagalan sebanyak tiga kali akan berubah menjadi kejayaan. Kita tidak gagal selagi tidak berputus asa. Melalui kegagalan, kita dapat membuat pertimbangan mengenai kekuatan dan kelemahan diri. Selepas itu, barulah kita menemui formula baru untuk meraih kejayaan.

Ramai orang yang kaya raya menjadikan penderitaan hidupnya sebagai perantaraan untuk mengecapi kekayaan. Oleh itu jangan kita takut dengan penderitaan dan kesengsaraan kerana ia memberi kekuatan dalam kehidupan.

Pengalaman hidup gagal
Hidup adalah satu proses pembelajaran. Untuk gagal dua atau tiga kali adalah lumrah. Gagal selama-lamanya adalah takdir. Apakah kita terlalu tua untuk berjaya? Mungkin tidak. Pengasas resipi KFC, Kolonel Sanders memulakan perniagaan semasa berusia 60 tahun. Menerima bantuan RM380 daripada Tabung Sosial, beliau menyedari perlu melakukan sesuatu.

Ketika mula memperkenalkan resipi ayam keluarganya, berapa banyak pintukah yang perlu diketuknya sebelum mendapat pesanan pertama? Lebih 100 buah restoran menolak kerana tidak yakin dengan resipinya. Hari ini anda dapat lihat restoran KFC di hadapan rumah anda.

Berapa ramai di antara kita yang berhenti selepas tiga percubaan, 10 percubaan, 100 percubaan, kemudiannya berhenti dan berkata, “Saya telah mencuba sedaya upaya tetapi gagal.”

Enggan mengalah adalah kuasa kejayaan
Sikap tidak berputus asa menjadikan orang yang gigih berusaha dapat mencapai kejayaan. Contohnya ialah tokoh-tokoh yang telah mencipta pelbagai peralatan moden yang dapat kita gunakan pada hari ini.

Alexander Graham Bell telah mencipta telefon. Walaupun ramai orang mentertawakannya, beliau tidak mempedulikan kritikan mereka. Akhirnya, telefon telah melalui revolusi yang sangat besar dalam sejarah hidup manusia.

Pada tahun 1956, Lars Magnus Ericsson memperkenalkan sistem telefon bimbit automatik penuh yang pertama di dunia, sekali gus menjadikannya sebagai penemuan terbaru yang merubah cara manusia berkomunikasi.

Dikenali sebagai Mobile Telephony A (MTA), beratnya adalah 40 kilogram dan dipasang dalam kenderaan. Pada tahun 1991, Ericsson melancarkan sistem telefon bimbit moden yang dikenali sebagai Nordic Mobile Telephony (NMT).

Kemudian GSM global diperkenalkan pada tahun 2001, standard rangkaian 3G dilancarkan sebagai evolusi kepada GSM untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang menyediakan kelajuan sehingga 3.6 megabit sesaat.

Henry Ford telah mencipta kereta tetapi terlupa untuk meletakkan gear undur dalam kereta pertama yang dihasilkannya. Sebelum itu, beliau telah papa ketika berusia 40 tahun.

Editorial New York Times pada 10 Disember 1903 telah mempersoalkan keupayaan Wright Brothers mencipta kapal terbang. Mana mungkin sebuah jentera yang lebih berat daripada udara mampu terbang. Seminggu kemudian di Kitty Hawk, Wright Brothers tersenyum menaiki penerbangan pertama mereka.

Thomas Alva Edison pernah bermimpi lampu yang boleh menyala dengan menggunakan tenaga elektrik dan dengan usaha yang gigih, beliau melakukan sesuatu yang dianggap mustahil. Latar belakangnya? Thomas Edison seorang yang separa pekak dan hanya tiga bulan mempunyai pendidikan formal.

Sentiasa dan terus mencuba
Seorang pemuda dari kampung ingin mencuba nasib di bandar raya besar Tokyo, Jepun. Kelayakannya hanya sebagai buruh binaan untuk membuat bangunan dan kerja-kerja yang berkaitan. Satu malam pemuda ini berfikir panjang sambil meletakkan tangannya di atas dahi mengenangkan keadaan hidupnya.

Pemuda ini memasang azam dan impian untuk menjadi orang besar suatu hari nanti. Pagi dia bekerja, sementara pada waktu malam dia belajar dari peringkat menengah hingga berjaya ke universiti dan memperoleh ijazah yang diidamkannya.

Pemuda ini ingin melakukan sesuatu untuk negaranya. Lalu beliau menceburi bidang politik sebagai ahli biasa sebuah parti. Usaha dan setianya kepada parti telah menarik keyakinan ahli-ahli dalam parti untuk memberi penuh keyakinan kepada beliau menjadi presiden mereka.

Dalam satu pilihan raya yang disertai, partinya telah menang tetapi tidak dapat memerintah Jepun. Strategi seterusnya ialah mengumpulkan seluruh keyakinan dirinya untuk berjumpa dengan ketua parti-parti kecil dan meyakinkan mereka untuk bergabung. Usahanya berhasil. Akhirnya pemuda ini menjadi Perdana Menteri Jepun. Pemuda yang dimaksudkan ialah Kakuei Tanaka.

Pilih proaktif atau reaktif?
Anda juga boleh menjadikan impian hidup masa depan sebagai satu kenyataan. Malah lebih mudah kerana manusia di sekitar anda lebih bersifat terbuka dan sedia membantu. Tetapi anda harus memilih satu antara dua : proaktif dan reaktif.

Tindakan proaktif biasanya disusuli dengan sikap positif iaitu perasaan yakin boleh, sentiasa menilai dan membuat perbandingan seperti, “Orang lain buat, kenapa aku tidak boleh?”, sentiasa mencuba, menerima idea baru dan berfikiran terbuka.

Tindakan reaktif banyak dipengaruhi oleh sikap dan pemikiran reaktif seperti enggan menerima idea, selalu memberi alasan, takut kepada cabaran dan tidak bersedia berkorban untuk berjaya. Tidak ada sesiapa yang akan memberi tongkat sakti kepada anda kerana sememangnya ia tidak pernah wujud. Dunia menghargai orang yang menjadi pelaksana bukannya pemerhati, pemberi bukannya penerima.

Tanpa kerja keras dan keinginan untuk bangun kembali, tidak akan ada kejayaan. Ketabahan, keyakinan, kesungguhan, keberanian dan tidak takut gagal adalah resipi terbaik untuk anda kembali menyusun strategi dan membuktikan kepada dunia bahawa anda seorang yang hebat. Mental anda beribu-ribu kali ganda lebih hebat daripada fizikal anda. Oleh itu anda harus ingat anda orang yang hebat.

kredit to seribu warna pelangi

Friday, April 1, 2011

APRIL FOOL???

SETIAP tahun 1 April disambut sebahagian besar masyarakat dunia sambil 'menipu' orang lain dengan alasan untuk berseronok. Kebiasaan membohongi rakan dan anggota keluarga ini dikatakan bermula di Perancis, kemudian tersebar ke England dan Scotland, lalu ke Amerika ketika berlaku perpindahan orang Eropah ke sana. Sehingga kini ada pula segelintir daripada umat Islam yang jahil dan terpengaruh dengan budaya songsang, turut mengamalkan budaya pelik ini.
Walau dari mana asal-usul budaya ini, ia tidak begitu penting. Malah jika diperhalusi ia jauh menyimpang daripada syariat yang memerintahkan umat untuk saling menghormati dan berbuat baik kepada sesama manusia

Lebih-lebih lagi 1 April tahun ini jatuhnya pada Jumaat yang menjadi penghulu segala hari. Pada Jumaat juga, umat Islam disuruh untuk memperbanyak amalan kebajikan dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, beristighfar dan pergi awal ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat bagi memperoleh rahmat dan keampunan daripada-Nya bukannya menyambut hari ini sebagai april fool dan ingin mengenakan rakan2 lain...DOSA ganjarannya.

Ada pula kalangan umat Islam yang terpedaya lalu terbabit dalam aktiviti pembohongan yang ditegah oleh syariat, sedangkan amalan berbohong adalah amalan buruk yang ditegah oleh syariat.CONTOHNYA memainkan kawan2 dengan menipunya..bukan kah itu adalah satu dosa..walaupun anda hanya bermain-main tapi ia tetap di anggap sebagai satu dosa..jangan amalkan ini....

sumber Berita harian dan  Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Kampus
Bandar raya Johor Bahru
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...