Friday, March 25, 2011

PERMOHONAN SPA (lepasan SPM wajib isi)

 Lepasan SPM anda boleh memohon kerja menggunakan keputusan SPM melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Pelbagai kerja kosong ditawarkan di sana dan semua kerja ini adalah dibawah kelolaan kerajaan.Maklumat baru yang diperolehi kursus perubatan sedang mencari calon-calon untuk bekerja dengan kementerian Kesihatan. Anda boleh membuka laman web. sila klik laman web ini dan link akan keluar.


apa yang perlu anda lakukan klik pada ruangan PEMOHON PEKERJAAN dan anda wajib untuk mendaftar terlebih dahulu, Klik pada BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM  dan selepas itu klik pada DAFTAR AKAUN BARU...pastikan anda ada email yang aktif untuk mendaftar kerana password akan dihantar ke email anda. Setelah pengesahan di email dilakukan anda bolehlah terus mengubah password dan terus mengisi maklumat yang diperlukan..

maklumat baru, terdapat kursus perubatan telah dibuka untuk lepasan SPM..sila lihat maklumat di laman web tersebut.permohonan adalah percuma dan anda boleh membuat 5 pilihan pekerjaan.selamat berjaya...tidak faham??sila mesej di FB ya...

untuk NO PIN ke UPU...cikgu akan SMS kamu setelah cikgu buat semakan kelayakan.Bermula tahun ini telah ada sistem baru untuk semak kelayakan.Setelah cikgu semak cikgu akan mesej ke no tel masing2 senarai Universiti dan no pin selepas itu anda isilah mana yang patut.Jangan risau, tarikh tutup pada 4 april...pastikan setelah anda mengambil result SPM jumpa cikgu di UBK untuk memberikan maklumat kad Pengenalan dan No HP seperti yang telah dilakukan oleh pelajar lain.kami akan sedaya upaya berusaha untuk membantu anda..aminn

1 SILA KOMEN SINI..:

Fizah Lalola said...

ASSALAMUALAIKUM,terima kasih cigu for ur info . sy pljr lepasan spm jga dr kuantan,pahang .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...