untuk semua pelajar. Pelbagai agensi menyediakan tajaan / biasiswa kepada anda.berikut adalah laman web untuk mengisi permohonan tajaan biasiswa ...SEMUA BIASISWA INI KHAS UNTUK PELAJAR SABAH.sila klik ejaan bagi setiap biasiswa kerana di sana telah diletakkan link bagi setiap tajaan.
Thursday, March 31, 2011
maklumat BIASISWA untuk pelajar
Friday, March 25, 2011
PERMOHONAN SPA (lepasan SPM wajib isi)
Lepasan SPM anda boleh memohon kerja menggunakan keputusan SPM melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Pelbagai kerja kosong ditawarkan di sana dan semua kerja ini adalah dibawah kelolaan kerajaan.Maklumat baru yang diperolehi kursus perubatan sedang mencari calon-calon untuk bekerja dengan kementerian Kesihatan. Anda boleh membuka laman web. sila klik laman web ini dan link akan keluar.
apa yang perlu anda lakukan klik pada ruangan PEMOHON PEKERJAAN dan anda wajib untuk mendaftar terlebih dahulu, Klik pada BORANG PENDAFTARAN PEKERJAAN DI SEKTOR AWAM dan selepas itu klik pada DAFTAR AKAUN BARU...pastikan anda ada email yang aktif untuk mendaftar kerana password akan dihantar ke email anda. Setelah pengesahan di email dilakukan anda bolehlah terus mengubah password dan terus mengisi maklumat yang diperlukan..
maklumat baru, terdapat kursus perubatan telah dibuka untuk lepasan SPM..sila lihat maklumat di laman web tersebut.permohonan adalah percuma dan anda boleh membuat 5 pilihan pekerjaan.selamat berjaya...tidak faham??sila mesej di FB ya...
untuk NO PIN ke UPU...cikgu akan SMS kamu setelah cikgu buat semakan kelayakan.Bermula tahun ini telah ada sistem baru untuk semak kelayakan.Setelah cikgu semak cikgu akan mesej ke no tel masing2 senarai Universiti dan no pin selepas itu anda isilah mana yang patut.Jangan risau, tarikh tutup pada 4 april...pastikan setelah anda mengambil result SPM jumpa cikgu di UBK untuk memberikan maklumat kad Pengenalan dan No HP seperti yang telah dilakukan oleh pelajar lain.kami akan sedaya upaya berusaha untuk membantu anda..aminn
untuk NO PIN ke UPU...cikgu akan SMS kamu setelah cikgu buat semakan kelayakan.Bermula tahun ini telah ada sistem baru untuk semak kelayakan.Setelah cikgu semak cikgu akan mesej ke no tel masing2 senarai Universiti dan no pin selepas itu anda isilah mana yang patut.Jangan risau, tarikh tutup pada 4 april...pastikan setelah anda mengambil result SPM jumpa cikgu di UBK untuk memberikan maklumat kad Pengenalan dan No HP seperti yang telah dilakukan oleh pelajar lain.kami akan sedaya upaya berusaha untuk membantu anda..aminn
Thursday, March 24, 2011
PROGRAM BERSAMA UMS
bersama pelajar bergambar kenangan dengan UMS. semua pelajar yang hadir telah diberikan beg dan cenderahati daripada UMS>
Program ini telah berjaya berlangsung pada 24 mac 2011.Seramai lebih kurang 400 pelajar hadir daripada semua sekolah daerah.
Wednesday, March 23, 2011
KEPUTUSAN SPM
keputusan SPM boleh disemak melalui sms
SPM RESULT (no kad Pengenalan) (angka giliran)
SEND KE 15888
contoh SPM RESULT 890112123546 HF014D211 send ke 15888
contoh SPM RESULT 890112123546 HF014D211 send ke 15888
UNTUK SEMAKAN KELAYAKAN KE IPTA
www.imascu.upu.mohe.gov.my
Sunday, March 20, 2011
ROADSHOW UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
pada 24 mac ni (khamis) Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Universiti Malaysia SABAH akan mengadakan roadshow untuk semua pelajar tingkataan 5 termasuk pelajar LEPASAN SPM.Semua pelajar tingkatan 5 akan terlibat sepanjang hari di dewan sekolah..perjumpaan ini adalah bertujuan untuk memberikan anda hala tuju selepas SPM dan syarat2 khas untuk memasuki Universiti terutamanya UMS...pastikan semua pelajar hadir ya....untuk pelajar yang telah mengambil keputusan SPM pada 23 mac ni anda juga digalakkan hadir sama...bolehlah anda semua berkenalan dengan pelajar2 dari UMS nanti...
PROGRAM INI AKAN DIHADIRI OLEH SEMUA PELAJAR SPM DARI
SEKOLAH MENENGAH DAERAH KINABATANGAN...
Sunday, March 13, 2011
KEPUTUSAN SPM???
JADIKAN MEDAN FB DAN BLOGGER SEBAGAI ALAT UNTUK ANDA BERJAYA.BUKANNYA HANYA BERMAIN SEMATA-MATA
iaitu tahun 2010...
keputusan SPM akan keluar
pada 23 mac 2011.
sila pastikan semasa kehadiran anda untuk mengambil keputusan SPM disertakan dengan slip mengambil peperiksaan.
sekiranya keputusan telah diperoleh dan anda memerlukan bimbingan ke mana hala tuju anda sila berhubung dengan kami di Unit Bimbingan dan Kaunseling.Kami akan membantu anda. Ingat..anda gagal atau lulus peluang melanjutkan pelajaran itu tetap ada..
Tuesday, March 8, 2011
SENARAI IPT MENGIKUT KEDUDUKAN..BAGUS ATAU TIDAK BAGUS..
ini adalah merupakan kedudukan setiap Universiti dan kolej..sekiranya anda berminat untuk melanjutkan pelajaran adalah lebih baik anda merujuk kepada penyataan ini...walaupun ia dikeluarkan pada tahun 2009 tapi ia masih diguna pakai sehingga kini...
rancanglah pembelajaran anda dari sekarang..tetapkan matlamat dan kejarlah matlamat itu..jangan berputus asa kerana masa depan anda...andalah yang menentukkan coraknya...usaha dan terus berusaha...
Sunday, March 6, 2011
SEBAB-SEBAB HATI TIDAK TENANG
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sapa mahu dekat kalau asyik mau marah saja..bawak2lah senyum..tentu org tak takut mau dekat bah..)
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut.walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak.lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada.
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah.
Friday, March 4, 2011
PELAJAR TERBAIK PMR 2010.
Terdapat seramai 10 orang pelajar terbaik dan gambar-gambar pelajar lain anda boleh lihat di ruangan atas dibahagian BEST STUDENT.Klik di sana dan anda akan melihat kesemuanya.
PELAJAR YANG MENDAPAT KESEMUA A DALAM PMR 2010..
Adakah anda tidak mahu menjadi seperti mereka??
Tuesday, March 1, 2011
Teknik Belajar SQ3R
salam semuanya..peperiksaan semakin hampir..Apabila bercerita pasal peperiksaan ramai pelajar datang ke Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk bertanya mengenai teknik belajar yang berkesan..seperti yang telah diterangkan semasa program bersama PENGETUA dan Program Kemahiran Belajar baru-baru ini ada banyak teknik yang boleh diamalkan dan salah satunya adalah teknik SQ3R..apa itu SQ3R..mari kita sama-sama belajar ya...
semua ini hanya panduan kepada anda..semua ini akan diberikan kepada anda dari semasa ke semasa..silalah berhubung dengan guru kaunseling sekiranya anda perlukan bantuan lain..kedatatangan anda sangat2 dialu-alukan...
Subscribe to:
Posts (Atom)