Tuesday, February 22, 2011

MARA -peluang melanjutkan pelajaran untuk PMR dan SPM

salam..mesti anda mencari di mana cikgu sudirman..saya sekarang berada di Kota Kinabalu untuk seminar anjuran MARA..ni dia bahan untuk perkongsian anda..


PMR
-tahukah anda selepas PMR MARA ada menyediakan satu tempat untuk anda melanjutkan pelajaran?...
-tahukah anda bahawa MARA juga menyediakan kewangan kepada anda untuk menjadikan impian anda satu kenyataan??..

BAGAIMANA caranya??
-MRSM (Maktab Rendah Sains MARA)...pelajar yang layak hanyalah pelajar yang mendapat kesemua A dalam PMR.
-Memohon melalui UNit Bimbingan Dan Kaunseling di Sekolah dan dapatkan borang di sana.
-Aliran Sains biasanya tertumpu ke Maktab ini dan pelajar yang masuk majoritinya akan mempunyai masa depan yang cerah untuk masuk ke IPT.

SPM
-Sekiranya anda mendapat keputusan yang baik tapi tiada duit untuk meneruskan pelajaran tahukah anda MARA dapat membantu anda?
-sekiranya anda mendapat keputusan yang teruk dalam SPM tahukah anda bahawa MARA dapat membantu anda untuk terus belajar dan boleh masuk ke Universiti??

BAGAIMANA caranya?
-BILA anda mendapat keputusan yang teruk dalam SPM teruskan pembelajaran anda di GIATMARA untuk program2 yang anda minati..sekiranya anda mendapat keputusan yang baik pihak MARA akan menanggung perbelanjaan anda ke IKM (Institut Kemahiran MARA) dan di sana anda mendapat keputusan yang cemerlang maka anda akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di UNIVERSITI KUALA LUMPUR dalam diploma atau Ijazah..maklumat Universiti ini sila klik HERE

-Sekiranya anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tetapi tidak mempunyai kemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Maka MARA akan memberikan anda sumbangan atau tajaan untuk pembelajaran anda...

maklumat mengenai MARA sila klik ejaan ini -HERE

SEBARANG PERTANYAAN SILA BERJUMPA DENGAN KAUNSELOR ANDA..

0 SILA KOMEN SINI..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...