Friday, October 8, 2010

PROGRAM MENANTI ANDA (PASTIKAN ANDA HADIR YER)

ok..ok..kepada semua warga SMK Bukit Garam 2 ini adalah merupakan sebahagian program yang akan cikgu dan guru-guru lain anjurkan khas untuk anda semua.Semua ni memerlukan tenaga dan usaha guru-guru jadi cikgu sudirman kamu ni mahu pesan rajin2 lah turun ke sekolah khasnya untuk pelajar yang telah ambil PMR tu sbb kehadiran anda tu akan memperngaruhi kedudukan anda di sekolah kita yang tercinta ni tahun depan..cikgu tidak mahu ada pelajar cikgu yang tercicir dan nama disenaraikan sebagai pelajar yang tidak akan dapat naik sekolah tahun depan kerana masalah kehadiran..kesian pada ibu dan bapa kamu..mesti mereka akan dipanggil ke sekolah mengadap pengetua dan sedarlah wahai adik2 semua hal ini akan menyedihkan hati mereka..jagalah ibu bapa dan perasaan mereka sentiasalah dititihberatkan kerana kejayaan kita di dunia dan akhirat banyak bergantung dengan keredhaan mereka...sayangi mereka sebagaimana mereka menyanyangi anda semasa anda masih kecil...untuk anda tahu bagaimana kasihnya mereka kepada anda ketika anda kecil dulu anda hanya perlu duduk seketika dan perhatikan ibu bapa jiran2 anda yang menjaga anak2 mereka yang masih kecil..mereka membelainya,mendukungnya, menciumnya dan sebagaimana..begitulah juga anda satu ketika dulu...ok..sama2 lah kita kenang saat2 itu ya..aminn

SUDIRMAN 
"Didik Diri Dari HATI Untuk Menjadi Yang Terbaik"

0 SILA KOMEN SINI..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...