Tangisan pelajar ketika program motivasi dijalankan.Tangisan dan air mata yang keluar dari hati adalah tangisan yang bukan direka-reka atau sengaja dikeluarkan tetapi ia titisan air mata keinsafan yang menyedari betapa persahabatan dan kecemerlangan mereka untuk diri sendiri dan khasnya Ibu Bapa sangat-sangat diperlukan. Tangisan ini cikgu harapkan dapat memberikan semangat dan pengajaran kepada semua bahawa hidup ini tidaklah seindah yang kita gambarkan..tidaklah secantik yang kita harapkan..didepan akan tersedia jalan yang cantik tapi pasti akan ada duri dan duka dalam perjuangan untuk menyelesaikan perjalanan jauh itu...semoga semua program motivasi yang dianjurkan dan semua kata-kata semangat yg dilontarkan dalam dijadikan pedoman untuk menjadi pelajar yang berjaya kelak.Sesungguhnya semua kami guru-guru SMKBG2 mendoakan yang terbaik untuk anda semua..belajar baik2 dan katakan dalam diri "mak..bapa..akan aku hadiahkan kejayaan itu untuk mu"...aku janji ....
0 SILA KOMEN SINI..:
Post a Comment