Thursday, May 19, 2011

Suatu Kisah Yang Sedih (bacalah..anda pasti sedih)

D985FACFDB476873BE2D39_Large.jpg
20 tahun yang lalu saya melahirkan seorang bayi laki-laki, wajahnya comel tetapi nampak bodoh. Ali, suamiku memberinya nama Yusri. Semakin lama semakin nampak jelas bahawa anak ini sedikit terkebelakang. Saya berniat mahu memberikannya kepada orang lain sahaja supaya dijadikan budak atau pelayan bila besar nanti. Namun Ali mencegah niat buruk itu. Akhirnya terpaksa saya membesarkannya juga.Pada tahun kedua kelahiran Yusri, saya pun melahirkan pula seorang anak perempuan yang cantik. Saya menamakannya Yasmin. Saya sangat menyayangi Yasmin, begitu juga Ali. Seringkali kami mengajaknya pergi ke taman hiburan dan membelikan pakaian anak-anak yang indah-indah. Namun tidak demikian halnya dengan Yusri. Ia hanya memiliki beberapa helai pakaian lama. Ali berniat membelikannya, namun saya selalu melarang dengan alasan tiada wang. Ali terpaksa menuruti kata saya.

Saat usia Yasmin 2 tahun, Ali meninggal dunia. Yusri sudah berumur 4 tahun ketika itu. Keluarga kami menjadi semakin miskin dengan hutang yang semakin bertambah. Saya mengambil satu tindakan yang akhirnya membuatkan saya menyesal seumur hidup. Saya pergi meninggalkan kampung kelahiran saya bersama Yasmin. Saya tinggalkan Yusri yang sedang tertidur lelap begitu saja.

Setahun.., 2 tahun.., 5 tahun.., 10 tahun.. berlalu sejak kejadian itu. Saya menikah kembali dengan Kamal, seorang bujang. Usia pernikahan kami menginjak tahun kelima. Berkat Kamal, sifat-sifat buruk saya seperti pemarah, egois dan tinggi hati, berubah sedikit demi sedikit menjadi lebih sabar dan penyayang. Yasmin sudah berumur 15 tahun dan kami menyekolahkan dia di sekolah jururawat. Saya tidak lagi ingat berkenaan Yusri dan tiada memori yang mengaitkan saya kepadanya. Hinggalah ke satu malam, malam di mana saya bermimpi mengenai seorang anak. Wajahnya segak namun kelihatan pucat sekali. Dia melihat ke arah saya. Sambil tersenyum dia berkata;

"Makcik, makcik kenal mama saya? Saya rindu sekali pada mama!"

Sesudah berkata demikian dia mulai pergi, namun saya menahannya.

"Tunggu..., saya rasa saya kenal kamu. Siapa namamu wahai anak yang manis?"

"Nama saya Yusri, makcik."

"Yusri...? Yusri... Ya Tuhan! Benarkah engkau ni Yusri???"

Saya terus tersentak dan terbangun. Rasa bersalah, sesal dan pelbagai perasaan aneh yang lain menerpa diri saya pada masa itu juga. Tiba-tiba terlintas kembali kisah yang terjadi dulu seperti sebuah filem yang ditayangkan kembali di kepala saya. Baru sekarang saya menyedari betapa jahatnya perbuatan saya dulu. Rasanya seperti mahu mati saja saat itu.

Ya, saya patut mati..., mati..., mati...!

Ketika tinggal seinci jarak pisau yang ingin saya goreskan ke pergelangan tangan, tiba-tiba bayangan Yusri melintas kembali di fikiran saya.

Ya Yusri, mama akan menjemputmu Yusri, tunggu ya sayang !

Petang itu saya membawa dan memarkir kereta Civic biru saya di samping sebuah pondok, dan ia membuatkan Kamal berasa hairan. Beliau menatap wajah saya dan bertanya;

"Hasnah, apa yang sebenarnya terjadi? Mengapa kita berada di sini?"

"Oh abang, abang pasti akan membenci saya selepas saya menceritakan hal yang saya lakukan dulu."

Aku terus menceritakan segalanya sambil teresak-esak. Ternyata Tuhan sungguh baik kepada saya. Ia memberikan suami yang begitu baik dan penuh pengertian. Selepas tangisan saya reda, saya keluar dari kereta dengan diikuti oleh Kamal dari belakang. Mata saya menatap lekat pada gubuk yang terbentang dua meter di hadapan saya. Saya mula teringat yang saya pernah tinggal dalam pondok itu dan saya tinggalkannya.

Yusri.. Yusri... Di manakah engkau, nak?

Saya meninggalkan Yusri di sana 10 tahun yang lalu. Dengan perasaan sedih saya berlari menghampiri pondok tersebut dan membuka pintu yang diperbuat daripada buluh itu.

Gelap sekali.

Tidak terlihat sesuatu apapun di dalamnya!

Perlahan-lahan mata saya mulai terbiasa dengan kegelapan di dalam ruangan kecil itu. Namun saya tidak menemui sesiapapun di dalamnya. Hanya ada sehelai kain buruk yang berlonggok di lantai tanah. Saya mengambil seraya mengamatinya dengan betul-betul. Mata mulai berkaca-kaca, saya mengenali potongan kain itu. Ini adalah baju buruk yang dulu dipakai oleh Yusri setiap hari.

Beberapa saat kemudian, dengan perasaan yang sangat sedih dan bersalah, sayapun keluar dari ruangan itu. Air mata saya mengalir dengan deras. Saat itu saya hanya diam saja. Sesaat kemudian saya dan Kamal mulai menaiki kereta untuk meninggalkan tempat tersebut. Namun, saya melihat seseorang berdiri di belakang kereta kami. Saya terkejut sebab suasana saat itu gelap sekali. Kemudian terlihatlah wajah orang itu yang sangat kotor. Ternyata ia seorang wanita tua. Saya terkejut lagi apabila dengan tiba-tiba dia menegur saya. Suaranya parau.

"Heii...! Siapa kamu?! Apa yang kamu mahu?!"

Dengan memberanikan diri, saya pun bertanya;

"Ibu, apakah ibu kenal dengan seorang anak bernama Yusri yang dulunya tinggal di sini?"

Dia menjawab;

"Kalau kamu ibunya, kamu adalah perempuan terkutuk!! Tahukah kamu, 10 tahun yang lalu sejak kamu meninggalkannya di sini, Yusri terus menunggu ibunya dan memanggil;

'Mama, mama!'

"Kerana tidak tahan melihat keadaannya, kadang-kadang saya memberinya makan dan mengajaknya tinggal bersama saya. Walaupun saya orang miskin dan hanya bekerja sebagai pemungut sampah, namun saya tidak akan meninggalkan anak saya seperti itu!"

"Tiga bulan yang lalu Yusri meninggalkan sehelai kertas ini. Ia belajar menulis setiap hari selama bertahun-tahun hanya untuk menulis ini untukmu..."

Saya pun membaca tulisan di kertas itu...

"Mama, mengapa mama tidak pernah kembali lagi...? Mama marah pada Yusri, ya? Mama, biarlah Yusri yang pergi saja, tapi mama harus berjanji mama tidak akan marah lagi pada Yusri."

Saya menjerit histeria membaca surat itu.

"Tolong bagi tahu.. di mana dia sekarang? Saya berjanji akan menyayanginya sekarang! Saya tidak akan meninggalkannya lagi! Tolonglah cakap...!!!"

Kamal memeluk tubuh saya yang terketar-ketar dan lemah.

"Semua sudah terlambat. Sehari sebelum kamu datang, Yusri sudah meninggal dunia. Dia meninggal di belakang pondok ini. Tubuhnya sangat kurus, ia sangat lemah. Hanya demi menunggumu ia rela bertahan di belakang pondok ini tanpa berani masuk ke dalamnya. Dia takut apabila mamanya datang, mamanya akan pergi lagi apabila melihatnya ada di dalam sana. Dia hanya berharap dapat melihat mamanya dari belakang pondok ini. Meskipun hujan deras, dengan keadaannya yang lemah ia terus berkeras menunggu kamu di sana . Dosa kamu tidak akan terampun!"

Ya Allah! Ampunkanlah dosaku! Yusri, ampunkan mama nak!
Semoga menjadi pelajaran bagi kita semua. Janganlah menyalahkan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Tetapi hargailah apa yang diberikan oleh Allah. Dan cuba bersabar. Kerana DIA tidak akan memberikan sesuatu apapun dengan sia-sia.(seribu warna pelangi)

Saturday, May 7, 2011

SEKITAR PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA

hari ini (sabtu 7 may 2011)..telah berlangsung dengan jayanya program gotong royong perdana dibawah kelolaan AJK 3K...tahniah diucapkan..jom lihat kenangan2 di sana....


pasu dikelilingi bunga2..hahahhahahaha

Friday, May 6, 2011

KEPUTUSAN PERMOHONAN KE UNIVERSITI (UPU) IPTA

Status keputusan permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf bagi sesi akademik 2011/2012 boleh diperoleh mulai pukul 12 tengah hari ini (6 may)

calon-calon juga boleh melayari OR SILA KLIK laman web INI



dan http://www.jpt.uum.edu.my atau menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) ke 15888.
 Calon boleh mencetak surat tawaran mulai Sabtu ini melalui laman web rasmi IPTA berkaitan dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan penerimaan tawaran oleh IPTA dalam tempoh tujuh hari bekerja iaitu pada atau sebelum 14 Mei.

Thursday, May 5, 2011

TAKLIMAT KHAS PENGETUA BERSAMA PELAJAR PMR DAN SPM

Hari ini (khamis 5 may 2011) telah diadakan program Khas kepada semua pelajar PMR dan SPM. Program berbentuk motivasi daripada Tuan Pengetua sendiri iaitu Tuan Hj Mordin b Hj Mohd Daud. Program diadakan tepat jam 7am bertempat di dewan sekolah. Tujuan utama program  adalah untuk memberikan nasihat dan motivasi kepada pelajar terutamanya berkenaan dengan masalah kehadiran ke sekolah dan juga kelas tambahan. Pengisian yang diberikan adalah berkisar kepada perjuangan Rasulullah SAW dan tenteranya dalam medan perang bersama dengan pembakar semangat dan suntikan motivasi yang ditunjukkan. Selain itu, data kehadiran setiap kelas tambahan juga ditunjukkan selain daripada memberikan soalan yang wajib dijawab oleh pelajar mengenai pandangan mereka terharap kehadiran ke kelas tambahan.

Motivasi dengan memberikan contoh guru-guru lain termasuk pengetua sendiri semasa sekolah dahulu dengan segala susah payah namun diiringi dengan usaha menyebabkan mereka berjaya dalam pelajaran juga telah disentuh oleh Pengetua. Kaunselor sekolah iaitu Cikgu Sudirman juga telah berkongsi pengalaman beliau kepada pelajar mengenai apa yang harus dilakukan oleh pelajar sekiranya ingin berjaya dalam pelajaran dan juga sahsiah diri yang terpuji. Program tamat pada jam 8.20am.
 Untuk program Kem Mercu Jaya PMR yang dijadualkan berlangsung pada 6-8 Mei 2011 ditunda ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak kerana berlakunya pelanggaran dengan program gotong royong perdana.

kepada pelajar , kami dari UBK sentiasa menerima kedatangan anda ke UBK untuk berkongsi apa sahaja masalah dan untuk mendapatkan apa sahaja maklumat mengenai apa sahaja perkara yang anda inginkan..sila2 lah berkunjung ya...

Monday, May 2, 2011

SEMAKAN KE UNIVERSITI MELALUI SISTEM UPU..

semua semakan ke Universiti boleh disemak di lawan web UPU. Senarai semakan sekarang adalah tertumpu kepada aspek berikut :


SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEdSI
(http://www.mpm.edu.my/medsiregter/) a
SEMAKAN UJIAN MEdSI : 22 APRIL 2011 (JUMAAT)
UJIAN MEdSI : 30 APRIL 2011 (SABTU)
SEMAKAN TEMU DUGA (Program Pengajian Pendidikan) : 20 MEI 2011 


SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA BAGI PROGRAM SIJIL & DIPLOMA TEVT & ILKA
a

  • POLITEKNIK

  • CIAST

  • ILJTM

  • IKBN

    SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA BAGI LEPASAN SPM/SETARAF DAN STPM/SETARAF (Program Pengajian Bukan Pendidikan)
    a

    SEMAKAN STATUS PERMOHONAN BAGI SESI AKADEMIK 2011/2012

  • KE IPTA BAGI LEPASAN STPM & STAM

  • KE IPTA BAGI LEPASAN DIPLOMA / SETARAF

  • KE IPTA, TEVT & ILKA BAGI LEPASAN SPM/SETARAF (FASA 2)

  • KE ILKA SAHAJA BAGI LEPASAN SEKOLAH/ LEPASAN SIJIL KEMAHIRAN (SKM)


  • SEMUA SEMAKAN INI BOLEH DISEMAK DENGAN MENEKAN LAMAN WEB INI  


    SEMOGA BERJAYA
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...