Friday, January 28, 2011

APA HUKUM MELETAK TATOO ATAU MENCONTENG ANGGOTA BADAN?

Salam semuanya..hari ini Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin berkongsi kepada murid2 semua tentang beberapa kes yang di rujuk dan pada pandangan kami adalah lebih elok andai ia ditulis di sini agar memberikan pengetahuan dan informasi berguna kepada semua murid2...
anda tahukan apa yang dimaksudkan disini?..iaitu tatoo atau menconteng tangan seperti ini..
tahukah murid2 bahawa meletakkan tatoo atau menconteng bahagian anggota badan adalah HARAM hukumnya..bila haram bermaksud ia dosa besar...mahukah anda menanggung dosa seperti itu??...oleh itu, marilah kita sama2 membaiki diri agar sentiasa menjaga diri baik2..jangan benarkan setiap kurnian yang ALLAH berikan kepada kita tidak dijaga dengan baik kerana dikhuatiri ALLAH s.w.t akan menarik semula kurniaan itu...

Wednesday, January 26, 2011

ETIKA MEMBERI SALAM

hari ni..kami dari Unit Bimbingan dan Kaunseling ingin memberikan satu tips berkenaan dengan etika memberi salam..Tahukah anda semua bahawa sekiranya anda memberikan ucapan salam kepada sesiapa pun maka anda akan memperolehi pahala..senang-senang sahaja pahala itu akan dapat jadi mari kita belajar bagaimana etika dalam memberi salam.
Tahukah anda bahawa Makruh memberi salam dengan ucapan "Alaikumus salam." Rasulullah s.a.w. bersabda apabila Jabir r.a. memberi salam dengan lafaz tersebut, "Jangan kamu mengatakan alaikas salam." Dalam riwayat Abu Daud disebut mengapa ianya dilarang, "Kerana sesungguhnya ucapan alaikas salam itu adalah salam untuk orang yang telah mati." (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Dianjurkan mengucapkan salam sebanyak tiga kali di khalayak ramai. Di dalam hadis Anas disebut bahawa: "Nabi s.a.w. apabila Baginda mengucapkan sesuatu kalimah, ia mengulanginya tiga kali. Dan apabila ia datang kepada sesuatu kaum, ia memberi salam kepada mereka tiga kali." (Riwayat al-Bukhari)

Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:
  • Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.
  • Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
  • Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
  • Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
  • Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
  • Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis.
  • Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong.
  • Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat.
  • Disunatkan memberi salam kepada anak-anak.
  • Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: "Wa'alaikum."
  • Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak.
  • Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain.
  • Jangan memberi salam dengan isyarat kecuali andai ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh.
  • Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram.
  • Haram membongkokkan badan atau sujud sebagai tanda penghormatan semasa memberi salam.
Sumber: Abad al-Muslim fi al-Yaum wa al-Lailah

Monday, January 24, 2011

Jadual Rumah Sukan


sebarang masalah sila rujuk Ketua Rumah Sukan Masing-masing

Wednesday, January 19, 2011

ORIENTASI TINGKATAN 4

Program Orientasi Tingkatan 4 sedang berlangsung hari ini 19 Jan sehinnga 20 Jan 2011.sebanyak 6 kelas telah terlibat untuk sama-sama menjayakan program ini. Pengisian Program melibatkan taklimat Hala Tuju selepas SPM yang merangkumi tingkatan 6, Matrikulasi, Diploma, Kemahiran dan Maktab. Selain dari itu, sebagai menyahut Visi dan Misi Tuan Pengetua iaitu untuk melahirkan pelajar yang bersahsiah program bersama Unit Disiplin juga diselitkan selain daripada pesanan daripada Tuan Pengetua iaitu Tuan Hj Mordin B Hj Mohd Daud serta LDK untuk pembentukkan sahsiah terpuji dari En Sudirman Abdul Rahman, Puan Ros Che Ahmad dan Cik Ct Nirani.(anda boleh melihat gambar lain di ruangan Gambar program di sudut atas blog ini)
SELAMAT BERORIENTASI

Tuesday, January 18, 2011

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1

Program Orientasi Pelajar tingkatan satu telah berjaya dijalankan pada 11 - 14 jan 2011 bertempat di Dewan persembahan dan Dewan Besar sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah LDK dalam kumpulan kepada semua pelajar, melawat kawasan sekolah diiringi oleh Pembimbing Rakan Sebaya, Aktiviti LDK bersama PRS, Taklimat PK HEM, Unit Disiplin, Unit Kaunseling, Biasiswa, kesihatan, Sekolah Selamat, Adab Pergaulan, Sahsiah terpuji dan pelbagai lagi. Semoga aktiviti ini memberi infak yang baik kepada pelajar..gambar-gambar program anda boleh lihat sebahagiannya di ruangan gambar program di blog ini.(sila lihat atas sebelah kanan blog)
semoga semua pelajar dapat menerima kehadiran adik2 anda dengan hati yang terbuka dan didiklah mereka untuk menjadi pelajar yang lebih berdisiplin..AMIN

Dikendalikan Oleh
ADMIN
Unit Bimbingan dan KAunseling

Friday, January 14, 2011

PELAJAR TINGKATAN 5 2010..ISI BORANG UPU

sekiranya pelajar belum mengisi FASA 1..anda boleh terus ke FASA 2 dengan mengisi maklumat yang berkaitan di laman web ini sila klik HERE

Untuk FASA 2 anda memerlukan no pin yang telah anda tempah melalui Guru Kaunseling di sekolah..Tanpa no pin ini anda tidak dapat membuat permohonan..Namun begitu, cikgu galakkan anda semua mengisi borang UPU ini setelah keputusan SPM diumumkan kerana no pin hanya boleh digunakan 3 kali dan sekiranya pelajar tersilap..anda harus membelinya semula..

sila dapatkan No Pin anda dengan guru Kaunselor pada masa keputusan SPM di ambil

tarikh tutup permohonan adalah pada 4 april 2011...

Sunday, January 9, 2011

Pelajar ingkar hadiri PLKN

FAKTA INI DIPEROLEHI DARIPADA BERITA HARIAN.

 baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan bahaawa 9000 pelajar yang gagal menghadiri PLKN (Program Latihan Khidmat Negara) akan dikenakan hukuman khidmat Masyarakat. Sebelum hukuman ini diperkenalkan dendaan yang diberikan kepada pelajar adalah RM3000 atau penjara selama 6 bulan..Oleh itu, kepada semua warga SMK Bukit Garam 2 yang telah tersenarai untuk mengikuti PLKN anda haruslah mengikutinya.Untuk keterangan lanjut mengenai hukuman ini sila klik HERE  pengecualian diberikan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai alasan-alasan tersendiri. Namun begitu, sebelum pengecualiaan atau penanguhan dilakukan anda haruslah mengisi borang dan borang serta kenyataan lain (semakan nama, senarai PLKN, borang-borang tangguhan dan sebagainya sila klik HERE..
untuk khidmat SMS pula sila lakukan ini

Taipkan “NS(ruang) e.g. NS(ruang) 911212115050
& hantarkan SMS anda ke 33995
Sebarang masalah anda boleh merujuk kepada kaunselor sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...