Tuesday, August 24, 2010

JGN BERMAIN MERCUN



hai..adui..baru je tadi dpat komen membina dari seorang kawan FB..(aizul Marcello)..heheh..tq yer komen blog nie..blog ni sebenarnya dibina untuk memberi maklumat walaupun tak seberapa but adalah perkongsian sedikit kan..oh ya..mesti murid2 or sapa2 saja dah tgk pic di atas nie..emm..harapan cikgu janganlah bermain mercun or bunga api walaupun jiran sebelah rumah sibuk main benda tu..tiada faedah dan paling teruk kalau dapat kecelakaan seperti di atas apa yg kamu mau buat dah...hehhe..semalam cikgu dah masuk semua kelas untuk ingatkan murid2 tentang mercun nie...niat cikgu tu agar tak da sapa2 yang kena tindakan disiplin nanti n pelajar asrama tiada yang kena buang asrama lagi...cikgu tak mau lah begitu..cikgu sayang kamu semua dan bila kamu di timpa masalah cikgu risau dan sedih tu..hehhehehe...jadi..kalau ada apa2 tu..macam cikgu selalu cakap..datang je jumpa cikgu..bagi cikgu kamu adalah keutamaan cikgu..kalau cikgu dapat tolong cikgu akan usahakan sehabis baik punya untuk anda...jgn main mercun yer...yang dah bagi kad raya tu TQ banyak2...

Monday, August 23, 2010

BERSAMA DATUK MUKHRIZ (ANAK TUN DR MAHATHIR)

Cikgu saja masukkan pic nie..bukan untuk menunjuk sbb cikgu dapat bergambar sama orang kuat negara tetapi ada sesuatu yang cikgu ingin anda semua tau dan pelajari iaitu kesungguhan dan erti perjuangan.Datuk ni hanya manusia biasa dan satu ketika dulu dia juga pelajar seperti anda semua. Namun berkat doa, kesungguhan dan semangatnya dia akhirnya menjadi salah seorang insan yang paling penting di Malaysia. Sebut saja nama Bapa beliau semua orang akan tahu.Tun Dr Mahathir mantap Perdana Menteri kita yang tersayang. Semua pelajar harus sedar bahawa kita semua harus bermula dari bawah dengan disiplin diri dan mengenal erti perjuangan sebenar. Belajar mendisiplinkan diri dan berusaha untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan adalah perjuangan anda ketika ini. perjuangan yang akan menentukan apa yang akan perolehi pada masa hadapan. APa yang akan anda JADI dan siapa anda ???semua bergantung dengan apa yang anda usahakan pada ketika ini...jangan putus asa..teruskan perjuangan ya....

Friday, August 20, 2010

PERTANDINGAN


Pelajar yang berminat sila berjumpa dengan cikgu Sudirman secepat mungkin..sila dapatkan borang di UBK

Thursday, August 12, 2010

LARIAN MERDEKA

Larian merdeka sempena bulan kemerdekaan telah diadakan baru2 ini dan ia melibatkan semua sekolah dan penduduk daerah Kinabatangan. larian ini mendapat sambutan yang mengalakkan daripada semua pihak dan wakil daripada sekolah ini iaitu seperti gambar di atas nampaknya bersungguh-sungguh untuk mewakili sekolah walaupun pada masa itu diadakan gotong royong perdana di sekolah...

ROKOK PEMBUNUH..

Sekiranya anda adalah perokok baik anda hentikan kerana kesannya begitu membahaya bukan setakat kepada anda bahkan kepada orang di sekeliling anda...mak,bapa or anak-anak..merokok ni tidak akan serta merta menunjukkan kesannya tetapi ia akan bertahan di dalam badan anda dan sekiranya sudah cukup matang dalam 10 atau 20 tahun anda merokok barulah penyakit itu akan keluar satu persatu..apa penyakit itu..anda bole klik gambar di atas n tgk lah sendiri...

Tuesday, August 10, 2010

SEMARAKKAN RAMADHAN (TAZKIRAH RAMADHAN)

BARISAN GURU-GURU YANG MEMBANTU
PELAJAR MENDENGAR TAZKIRAH
hari ini 10 ogos 2010 telah diadakan dengan jayanya tazkirah untuk semua pelajar sempena menyambut bulan ramadhan..tazkirah ini disampaikan oleh Ustaz Sobri dan menyentuh tentang kelebihan puasa. Awal pagi Cikgu khairol telah menyiapkan segala persiapan dan dibantu oleh pengawas dan guru-guru lain..semoga puasa tahun ini memberi banyak manfaat kepada kita semua

IBU..KISAH ANAK DAN IBU..

emm..cikgu br saja membaca buku di sebelah ni..tentang kisah seorang anak kepada ibunya..cikgu ringkaskan cerita..cerita ni berlaku di Jepun. Pada masa dahulu, di Jepun apabila Ibu Bapa telah tua telah menjadi adat mereka untuk membawa orang tua itu ke tengah hutan belantara dan membiarkan mereka di sana tanpa mengetahui sama ada mereka mati dalam keadaan yang baik atau tidak. suatu hari, seorang anak membawa ibunya yang telah tua ke dalam hutan.Dia mengendong ibunya di belakang dan membawanya dengan perasaan sedih sekali.Dia begitu menyanyangi ibu nya. sepanjang perjalanan si ibu mematahkan ranting2 kecil dan setelah sampai di tengan hutan si anak menurunkan ibunya "bu, kita sudah sampai"kata si anak.ada perasaan sedih dihatinya dan dia juga tidak faham kenapa dia tega melakukan ini kepada ibunya.Si ibu dengan tatapan kasih sayang berkata ""Nak, Ibu sangat mengasihi dan mencintaimu. Sejak kamu kecil, Ibu memberikan semua kasih sayang dan cinta yang ibu miliki dengan tulus. Dan sampai detik ini pun kasih sayang dan cinta itu tidak berkurang.Nak, Ibu tidak ingin kamu nanti pulang tersesat dan mendapat celaka di jalan. Makanya ibu tadi mematahkan ranting-ranting pohon, agar boleh kamu jadikan petunjuk jalan".setelah mendengar kata2 Ibunya si anak terus memeluk erat Ibunya dan mencium pipinya sambil menangis. Dia membawa semula Ibunya pulang merawatnya sampailah ibunya meninggal dunia..Pengajaran di sini..ingatlah,tika kecil Ibu / ayah sentiasa menjaga dan menyanyangi kita..jgnlah bila kita dah dewasa kita menjadi lalai dan sentiasa menyakitkan hati mereka sampaikan ada yang mengabaikan masa tua mereka..sayangi mereka dan berikanlah mereka kesenangan dan kegembiraan..

GOTONG ROYONG PERDANA





Pada 7hb ogos 2010 (sabtu) telah berlangsung dengan jayanya program gotong royong perdana yang melibatkan membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah dan bilik-bilik khas.Kawasan sekolah yang selama ini seperti kosong telah dipenuhi dengan bunga dan kelas juga telah diceriakan.Terima kasiah kepada Tuan Pengetua kerana turut serta dalam menjayakan program ini. (Pengetua pun tanam bunga tau)...

Friday, August 6, 2010

HADIAH MENARIK MENANTI ANDA

Blog ini belum sampai sebulan dibuat..dan saya akan memberikan hadiah lumayan kepada pengunjung bertuah..anda lihat di sebelah kanan adalah nombor anda sebagai pengunjung dan sesiapa pengunjung yang ke 500 saya akan berikan anda hadiah. Sekiranya anda adalah pengunjung ke 500 sila ambil gambar yang membuktikannya dan upload di Facebook saya..harus ada bukti ya..selamat mencuba..

PROGRAM PEMUAKATAN PIBG PERINGKAT DAERAH



Sekarang ini (6 - 7 ogos 2010) sedang berlangsung program PIBG peringkat daerah di Resort Long Manis dan semua AJK terdiri daripada Kaunselor2 sekolah daerah.Seramai lebih 30 sekolah yang mengambil bahagian dan Kaunselor SMK Bukit Garam 2 bertindak sebagai Timbalan Pengerusi.Semoga program ini berjalan lancar.

SEMINAR SKEMA PEMARKAHAN PERINGKAT DAERAH


Seminar teknik menjawab soalan SPM telah diadakan dengan jayanya pada 4hb ogos 2010. Semua sekolah daerah Kinabatangan telah dijemput dan penyertaan sangat memuaskan apabila lebih 450 pelajar telah berhimpun bermula jam 7am sehingga jam 5pm.Semua perbelanjaan program ini mendapat tajaan daripada Kumpulan YAYASAN SABAH Kota Kinabalu dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Kak Hasnah selaku Pegawai dari Yayasan Sabah kerana sudi menaja program ini. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik dan skema menjawab soalan SPM dan semua penceramah adalah merupakan Guru yang mengubal dan memeriksan soalan SPM Sebenar..

PROGRAM LAWATAN SMK PARIS DAN MOTIVASI




Seramai 50 orang wakil pelajar dari SMK Paris berkampung di SMK Bukit Garam 2 bermula 03 julai - 4 julai untuk seminar SPM dan motivasi. Pelajar ditempatkan di sekolah dan motivasi peperiksaan diberikan.Walaupun menghadapi sedikit kekangan masa namun program berjalan dengan lancar.

PROGRAM ANALISIS EXAM SPM / PMR

Program ini sedang di jalankan untuk semua pelajar tingkatan 3 dan 5..Analisis peperiksaan semester 1 ditunjukkan kepada semua pelajar melalui kaedah kelompok (setiap kelompok 5 orang) dari setiap kelas dan diterangkan secara individu demi individu.Tujuan program ini dijalankan untuk memperlihatkan prestasi akademik pelajar dan kaitannya dengan hala tuju mereka selepas SPM dan untuk meningkatkan motivasi akademik pelajar agar mereka lebih giat lagi berusaha untuk peperiksaan nanti. Diharap semua pelajar tingkatan 3 dan 5 yang belum lagi membuat analisis ini sila berjumpa dengan kami di UBK dengan membawa 5 orang kawan2...selamat mencuba..hehehehhehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...