Monday, October 1, 2012

BORANG PERMOHONAN KE MATRIKULASI,MRSM,SBP DAN SEKOLAH TEKNIK 2013

Tarikh Akhir : 30 Okt 2012...

Semua pelajar PMR dan SPM sila merujuk kepada laman web Kementerian pelajaran Malaysia untuk mengisi permohonan ke matrikulasi, UPU, MRSM, Sekolah teknik...

sebarang pertanyaan sila merujuk kepada UBK

sila klik gambar ini untuk masuk ke borang tersebut


SOALAN SPM BAHASA MELAYU 2012

ni cikgu bagi untuk SPM soalan SPM Bahasa Melayu 2012...harap murid2 dapat manfaatkannya....

Sila Klik Link Ni......Bahasa Melayu

Wednesday, May 23, 2012

PERBEZAAN DIANTARA UNIVERSITI AWAM DENGAN SWASTA....

assalam dan salam satu malaysia....moga semua pembaca dalam keadaan sihat-sihat dan sentiasa memikirkan cara untuk merubah diri dari hari ke hari dengan peningkatan yang positif....

hari ini..terlalu banyak persoalan daripada pelajar sama ada melalui mulut ke mulut atau melalui email dan FB mengenai perbezaan Universiti Awam (kerajaan) dengan swasta...ramai yang bertanya soalan ini

"cikgu, kalau diploma atau ijazah di swasta tu laku kah jg untuk bekerja"

"cikgu, yuran di swasta kenapa mahal berbanding awam"

"cikgu, berapa syarat minumum untuk sambung belajar..gagal BM boleh kah sambung belajar"

bah murid2 sekalian ataupun ibu bapa yang sedang membaca artikel perkongsian ini....Dalam sistem pendidikan ada beberapa peringkat yang pelajar akan lalui selepas mengambil SPM...


Dalam setiap cabang aliran tersebut memerlukan pelajar untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan. sebagai contoh jika pelajar ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam seperti UITM mereka akan mengambil diploma atau sijil...tapi pelajar ada kuasa untuk memilih sama ada untuk melanjutkan pelajaran ke Sijil atau terus ke diploma...

persoalan sama ada diploma atau ijazah daripada swasta itu boleh bekerja atau tidak jawapan yang akan kami berikan adalah "YA BOLEH BEKERJA"..kesemua diploma atau ijazah yang dikeluarkan oleh IPTA atau IPTS adalah sama nilainya dan boleh diguna pakai untuk memohon bekerja di sektor awam atau swasta..tiada masalah....cuma yang membezakan kedua-dua sektor ini adalah jumlah yuran yang dikenakan lebih tinggi sedikit di swasta daripada awam..tapi untuk pengetahuan jumlah yuran ini telah dibantu oleh kerajaan dengan memberikan anda PTPTN...PTPTN ini hanya perlu dibayar setelah anda bekerja kelak dengan jumlah yang minumum setiap bulan iaitu RM100 atau ke atas ...ia tidak akan membebankan pelajar sekalian....

syarat minumum untuk kemasukkan ke IPTA adalah 5-6 kredit termasuk BM dan Matematik tapi swasta memberi ruang kepada pelajar lemah dengan mengenakan hanya 3 kredit tidak termasuk BM..itu membawa maksud anda gagal BM juga boleh meneruskan pembelajaran di Kolej dan bila tamat nanti diploma atau ijazah yang anda perolehi sama taraf dengan diploma daripada IPTA yang lain....

untuk pilihan...bagi pelajar yang mempunyai 3 kredit kami di UBK mengalakkan anda untuk melanjutkan pembelajaran di Kolej Uniti Negeri Sembilan dalam kos Pendidikan Pra Sekolah...boleh menjadi Guru tadika kelak dan bermula tahun 2015 semua guru tadika di Malaysia diwajibkan untuk mempunyai diploma dan itu membawa maksud peluang anda bekerja semakin cerah....good luck dalam pemilihan aliran masing-masing...anda boleh inbox kami di FB untuk sebarang pertanyaan......


Wednesday, May 2, 2012

PENTING UNTUK SPM

Kemasukkan ke tingkatan 6 sila klik link ini untuk mendapatkan keputusan, surat tawaran ataupun surat rayuan kemasukkan....

LINK KEMASUKKAN TINGKATAN ENAM KLIK -------TING 6

Semak keputusan peperiksaan MUET bagi tingkatan 6 sila klin ini------MUET

Semakan tawaran ke maktab sila klik ini -----MAKTAB

Semakan PLKN sila klik ini _------PLKN

maklumat penting..pelajar yang mendapat tawaran ke PLKN dan pada masa yang sama mendapat tawaran ke tingkatan 6 sila isi borang penangguhan PLKN di laman web tersebut...

Wednesday, April 18, 2012

PROGRAM JALINAN ASPIRASI hari Kedua dan tiga.

1. aktiviti PNP berjalan seperti biasa.
2. pelajar terlibat dengan program skema pemarkahan untuk program peningkatan akademik peperiksaan dengan mendedahan skema cara menjawab BM,BI dan beberapa subjek lain. Amali dan bengkel dijalankan.
3. aktiviti riadah perlawanan persahabatan antara pelajar asrama, mentor dan pelajar SMKBG2
4. penerangan mengenai blog dan laman web sekolah
5. aktiviti rakan rahsia...

khamis akan berlangsung sesi perbincangan pelajar top ten spm dan pmr 2011...

 mentor dan mentee pelajar...ke mana2 pun bersama-sama..sangat akrab

 pelajar lain sedang berborak sambil minum dengan pelajar SMKBG2

 sesi perkongsian rasa pengalaman dan latihan untuk malam perpisahan

 program peningkatan akademik. skema pemarkahan subjek

 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

 Mentor dan Mentee pelajar


Monday, April 16, 2012

PROGRAM JALINAN ASPIRASI HARI PERTAMA DI SMK ELOPURA BESTARI SANDAKAN

Hari pertama di SMK Elopura Bestari Sandakan iaitu pada 15 april 2012. Sambutan yang begitu baik daripada warga SMK Elo membuatkan kami dari SMKBG2 berasa terharu. Sambutan dengan kompang dan diiringi di sepanjang jalan oleh warga SMKE. program hari pertama adalah majlis penyerahan mentor mentee kepada pelajar. Seramai 14 pelajar PMR dan 12 pelajar SPM terlibat. Pelajar-pelajar ini ditempatkan diasrama dibekalkan tilam bersama dengan mentor mereka dan semua aktiviti termasuk ke sekolah dan aktiviti riadah diadakan bersama mentor. Hari pertama rehat diberikan selain memberi ruang kepada pelajar untuk mengenali mentor dan pelajar lain. Esok aktiviti akan bermula seawal pagi untuk perhimpunan.terima kasih kepada SMKE khasnya kepada guru UBK kerana banyak membantu...nantikan laporan hari kedua pada 16hb...

antara objektif program ini adalah :
1.       Mengeratkan silaturahim antara 2 buah sekolah melalui kaedah perkongsian pelajaran dan kejayaan.
2.       Memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai teknik belajar dan pembahagian masa di sekolah lain agar dapat diaplikasikan apabila mereka pulang ke sekolah nanti.
3.       Member ruang kepada pelajar untuk bertukar-tukar pendapat dan mendapat kawan baru yang juga merupakan pelajar yang ditarget mendapat keputusan baik dalam SPM dari sekolah lain.
4.       Salah satu program berfokus mentor mentee 2012.








Tuesday, March 20, 2012

PERMOHONAN UPU KE UNIVERISTI LEPASAN SPM



PERMOHONAN KE UNIVERSITI LEPASAN SPM...

1. sila baca terlebih dahulu sebelum permohonan dilakukan.semasa anda mengklik link yang diberikan akan terpampang imej seperti ini...pastikan anda mengklik kategori yang menjadi pilihan anda..sila lihat kategori bagi warna BIRU, UNGU dan MERAH...


 2. setelah itu bagi jenis permohonan dan program pengajian anda harus memilih bagi setiap kategori dan tekan butang masuk



 3. setelah itu..cari butang PERMOHONAN DAN KLIK BUTANG TERSEBUT


 4. MASUKKAN MAKLUMAT DATA ANDA BESERTA NO PIN YANG DIPEROLEHI DARIPADA BSN..SELEPAS ITU, ISILAH MANA YANG PATUT...


setelah faham...sila klik ini untuk masuk ke pautan laman web permohonan ke Universiti ...KLIK INI

SEKIAN...semoga berjaya...

Thursday, March 8, 2012

TIPS HADAPI STRESS...

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak ataupun adik2 pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.
 Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :
1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.
 
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
 
3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
 
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.
 
5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
 
6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
 
7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.
 
8.) Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
 
9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
 
10) Cintai diri sendiri
“Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain”. Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya
kredit to SMVKT
.

Tuesday, February 7, 2012

HIMPUNAN PROGRAM UBK JANUARI 2012

hai...sudah agak lama blog ini tidak diupdate..,kini 2012 perubahan akan dilaksanakan...berikut dikongsikan beberapa program UBK yang telah berjalan dengan lancarnya sepanjang bulan Januari 2012.

1. PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1.
2. PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4
3 .MOTIVASI PERSEDIAAN AWAL SPM
4. MOTIVASI PERSEDIAAN AWAL PMR
5. ROADSHOW MOTIVASI DAN TIPS BELAJAR TINGKATAN 2
6. PERJUMPAAN DAN PEMBUBARAN PRS 2011.
7. PELAN STRTATEGIK BASMI MASALAH LAMBAT DAN KES SAMPAH BERSAMA PENGAWAS SEKOLAH.

DISERTAKAN GAMBAR SECARA RAWAK..HEHEHEHE..sory gambar tak terang sangat sebab guna HP saja..hehehhehe









Program bulan Februari akan menanti antaranya Hari keluarga PRS...Kem Kepimpinan Pengawas sekolah, Program Kempen Tiada Mustahil, Anda OK saya OK, Motivasi bersama Wahidah Masterchiff Malaysia, Motivasi bersama Penyanyi Sabhi Sadhi dan sebagainya.....yang lain nantikan..


Tuesday, November 1, 2011

PROGRAM KECEMERLANGAN SPM 2011 ALIRAN SAINS

Bermula 30 okt sehingga 11 November 2011 seramai 32 orang pelajar aliran sains akan mengikuti program untuk persediaan menghadapi SPM 2011. pelajar-pelajar ini akan menetap di asrama dan urusan masak dilakukan oleh pelajar tingkatan 4.Program ini dilakukan di kelas dan juga bilik Akses dan pembelajaran berbentuk perbincangan soalan-soalan dari sekolah lain..soalan-soalan tahun lepas dan beberapa bab yang dianggap penting untuk ramalan dalam SPM nanti. Doakan kejayaan mereka semuanya..amin...


Sunday, October 16, 2011

SEMINAR SKOR A SPM BERITA HARIAN

Satu program yang dianjurkan oleh berita harian kuala lumpur khas untuk pelajar spm 2011 akan diadakan di UMS pada 21-23 oktober 2011..program ini adalah satu program pendedahan kepada pelajar tentang soalan ramalan spm 2011 dan juga topik2 penting yang hArus diberi penekanan..program dikendalikan sepenuhnya oleh guru pembuat dan pemeriksa soalan spm 2011...yuran adalah sebanyak Rm150 untuk kesemua hari termasuk makan,penginapan,sijil dan juga bahan kursus...sesiapa berminat sila berjumpa dengan kaunselor anda di UBK....

Monday, October 10, 2011

TIPS BELAJAR SAAT AKHIR

Bertenang dan jangan cemas

Anda perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya anda cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang anda terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan akan akan diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran anda kepada proses pembelajaran yang anda lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa anda kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun anda cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang anda alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri anda dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran anda. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan anda yang tidak tenteram itu.

Yakin terhadap kebolehan diri

Selalu tanamkan dalam diri anda bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan anda (di tempat anda belajar). Tiap-tiap kali anda melihat kad itu anda yakin bahawa anda boleh berjaya. Sekiranya anda dapat menanamkan dalam diri anda bahawa anda bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan anda berusaha bersungguh-sungguh dan mental anda dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang anda cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.

Masa rehat perlu secukupnya

Semasa belajar anda berasa cepat letih, sama ada dari segi fizikal atau mental. Ambil masa untuk otak anda berehat sepenuhnya. Anda juga digalakkan bangun dan cuba berjalan-jalan sebentar dan setelah merasakan kelegaan barulah anda menyambung semula pembelajaran anda.

Hapuskan tabiat suka tidur

Sebaiknya para pelajar tidak terlalu melayan keinginan untuk tidur dari belajar. Kurangkan waktu tidur anda demi meraih satu kejayaan. Gunakan lebih banyak masa mengulangkaji pelajaran di samping melakukan latihan-latihan sendiri supaya anda berkeyakinan. Jadualkan masa tidur anda supaya anda tidak terlebih tidur. Sekiranya anda hendak tidur beberapa jam, anda pelu mengunci jam dan letakkan jam loceng berhampiran anda supaya anda terjaga pada waktu yang dikehendaki.
Masa-masa beginilah yang paling sesuai agar tidak akan diganggu. Penumpuan tenaga dan fikiran terhadap pembelajaran juga akan menjadi mudah. Keadaan ini tidak mendatangkan masalah kerana kajian yang pernah dibuat menunjukkan bahawa kecerdasan berfikir dan keupayaan membuat keputusan tidak terjejas berikutan dengan pengurangan waktu tidur yang dilakukan.
Tidur merupakan waktu rehat yang paling baik dalam persediaan menghadapi peperiksaan. Tetapi ramai pelajar membawa masalah pelajaran ke tempat tidur dan memikirkan pelbagai perkara tentang masalah ini. Akibatnya mereka mengalami gangguan tidur dan ada yang tidak dapat tidur langsung. Pada keesokan harinya, pelbagai perkara akan berlaku seperti berasa pening, tidak selesa dan tidak tenteram kerana ketegangan fikiran dan kelesuan tubuh badan. Ini boleh menjejaskan prestasi mereka pada hari peperiksaan. Sekiranya mereka terpaksa menghadapi peperiksaan pada hari itu, mungkin mereka tidak dapat berfikir dengan tenang seterusnya akan menjejaskan ketepatan jawapan yang diberikan.

Jangan mengambil sebarang ubat yang meragukan

Pengambilan sebarang ubat mengganggu sistem saraf dan menyebabkan keadaan menjadi tegang dan mudah terangsang. Anda tidak perlu lagi mengambil sebarang pil peransang atau ubat-ubatan yang diragukan kesahihannya untuk mencegah tidur. Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda hendak mengambil pil-pil sedemikian. Jangan sesekali bertindak sendirian. Ini akan membahayakan anda.
Ubat peransang menyebabkan keletihan yang melampau. Ubat peransang sedemikian mematikan segala perasaan dan keinginan. Melalui ubat-ubat seperti ini, anda mungkin tidak dapat mengesan keletihan yang melampau secara terus. Ubat-ubat ini meransang anda untuk terus belajar tanpa rasa keletihan tetapi kesan yang bakal diterima menjadi lebih buruk setelah habis belajar.
Selain itu, elakkan juga dari meminum minuman berkafein seperti kopi atau teh yang berlebihan. Kesannya sama seperti memakan pil peransang yang menyebabkan kesan-kesan negatif seperti tangan menggeletar, tumpuan terjejas. Dalam keadaan yang tertentu mungkin menyebabkan lupa selain daripada kesan-kesan negatif yang lain. Seeloknya untuk mengawal rasa mengantuk, amalkan meminum lobak susu kerana ia akan mencergaskan lagi otak untuk berfikir.

Beri tumpuan lebih kepada bab yang penting

Dalam keadaan sebegini, anda hanya sempat mempelajari bahagian-bahagian yang penting sahaja. Jangan beri tumpuan berlebihan kepada bahagian-bahagian yang kurang penting. Cuba pilih lima atau enam isi penting daripada satu-satu bahagian dan tuliskan isi-isi penting ini di atas kertas dan cuba ingat serta hafalkan. Anda tidak mempunyai masa yang cukup untuk mempelajari butir-butir yang kurang penting. Banyakkan membuat soalan-soalan tahun lepas yang sering keluar sebagai latihan dapat membantu anda menumpukan bahagian yang patut dipelajari terlebih dahulu. Cuba pilih soalan-soalan yang mesti dijawab dan sediakan sekuarng-kurangnya enam atau tujuh isi dari setiap soalan yang anda pilih.

KEMASUKKAN KE MATRIKULASI 2011/2012


Permohonan online bagi kemasukan matrikulasi kementerian pelajaran malaysia (kpm) bagisesi 2012/ 2013 boleh dibuat mulai 1 julai hingga 20 november 2011. Calon-calon spm 2011 digalakkan untuk membaca syarat dan kelayakan minimum untuk memohon program matrikulasi. Untuk membaca kelayakan minimum, sila baca di syarat program dan kalayakan minimum matrikulasi.
Calon juga boleh membaca panduan atau cara-cara untuk memohon matrikulasi. untuk semua permohonan, syarat kemasukkan dan sebagainya anda boleh baca di klik INI 
dinasihatkan untuk anda mengisi borang secara telus...sebarang kesilapan hanya boleh diubah sebanyak 3 kali..tarikh tutup adalah pada 10 oktober jam 12 tengah malam.


Friday, August 19, 2011

KISAH SEORANG ANAK DESA YANG MISKIN

Kisah benar



Ada sorang pelajar, bernama Baha(bukan nama sebenar) seorang budak kampung datang dari Utara. Mula-mala saya tak perasan, sebab tersorok celah-celah 200 pelajar lain. Hari demi hari bulan demi bulan saya mula mengingat nama semua pelajar . Baha budak kebanyakan. Sama seperti pelajar-pelajar lain. Dia tak berapa bijak. Markah tidak tinggi, sederhana sahaja. 
Seorang pendiam, muka kampung, hitam berkilat, kaki penuh parut. Jarang –jarang bertemu dengan saya, mungkin dia takut, malu atau benci kepada saya. Saya pun kurang pasti..


Saya mula perasan Baha bila saya nampak budak laki pada kolar baju berlapik sapu tangan. Saya teringat semasa saya kecil dulu pun ada berbuat demikian. Bukan apa , tak mahu bagi kolar baju berdaki. Mula-mula saya nak tergelak. Tapi lama-lama saya mulai beri perhatian kepada si Baha ni.
Lama-lama saya juga banyak perasan sifat-sifat dan keterampilan dia. Sah, saya pasti Baha hanya ada dua helai baju sahaja. Dalam seminggu tu dia akan ulang-ulang pakaidua baju yang sama. Samada baju kemeja kelabu cair taik anjing yang dah terlalu lusuh dan koyak sikit kat lubang butang lengan kanan atau baju T putih yang ada iklan minuman dan pastinya baju dapat free.
Walau nampak daif, Baha sentiasa kemas dan berusaha (dengan kolar berlapik takut berdaki) sedaya upaya untuk nampak stail. Baju sentiasa masuk dalam. Seluar slack hijau warna unifom sekolah menengah (memang seluar sekolah menengah pun) dan dua helai lagi seluar jean tak branded . Kasut Baha hanya sepasang. Kasut kulit (atau PVC) hitam, lusuh dan terngaga sikit tapak depan belah kanan.
Hari-hari berjalan kaki dari asrama panjat bukit UiTM, saya perasan nganga tapak kasut Baha makin besar tetapi dalam serba kedaifan, Baha tak sekelit pun nampak menyesali atau merana dengan kekurangan nya, jauh lagi mengharap simpati.
Dia bercampur gaul dengan pelajar-pelajar lain seperti biasa . Baha tak pernah ponteng kelas. Walau tak berapa pandai, dia rajin. Jarang bertanya soalan. Banyak menghabiskan masa di perpustakaan saya dimaklumkan, tetapi pelik tak pandai-pandai.


Minat saya memerhatikan si Baha, semakin mendalam sampai satu hari saya buat ujian untuk mendapat beberapa kepastian. Saya menyuruh pelajar saya buat kerja rumah yang berganda.
Saya suruh buat latihan melukis secara drill iaitu berterusan. Kena guna banyak kertas lukisan. Esok saya suruh hantar. Pagi-pagi lagi atas meja bertindan sketch book. Seorang ada yang hantar tiga, empat sketch book yang mereka kampuh menjadi satu. Bermakna mereka terpaksa membeli banyak sketch book.
Hasil kerja Baha TAK ADA. Puas saya mencari tak juga jumpa. Tak mengapa. Saya relek dulu dan terus masuk kelas.
Dalam minda atau kepala otak saya memikirkan kenapa budak Baha ni tak menghantar kerja. Walau saya mempunyai andaian tapi saya tak buka langsung cerita tugasan yang saya beri, seolah-olah saya tak ada masa nak cek.
Petang tu sebelum tutup pejabat saya memeriksa sekali lagi, terjumpa satu sketch book bertulis Baha bin Sipolan di atas meja saya . Sketch book tu lain dari yang lain. Saya meneliti betul-betul, rupanya dia buat sendiri sketch book tu dari kertas SURAT KHABAR lama.


Baha semakin hari saya perasan macam mengelakkan diri dari saya. Saya buat tak faham sahaja takut dia suspek saya memerhati gerak geri dia.
Seperti biasa dari jauh saya nampak dia ceria dan bersemangat dikalangan kawan-kawan. Sesekali saya merapat meja dia, saya nampak koyak kasut dia dah dililit dengan selepin tape. Koyak di lengan kanan semakin luas. Tuala sapu tangan dikolar tetap maintain. Seluar jean tanpa brand, bersih tak setitik ada kesan cat pun tumpah. Baha memang stail , tapi hari tu saya rasa sebak. Tak sampai hati saya melihat dia serba kekurangan.


Balik rumah, selepas makan malam, saya bercerita kisah Baha kepada isteri saya. Terkedu juga isteri saya.
Hari Ahad tu saya mengemas almari, saya kumpul baju-baju lama dan seluar saya yang saya dah tak pakai (yg masih elok sangat2) Lalu saya minta isteri saya lipat elok-elok dan masukkan ke dalam beg plastik. Saya ada sepasang kasut kulit yang jarang-jarang saya pakai kerana agak sendat pun saya masukkan dalam beg tersebut. Saya nak bagi kepada Baha .
Hari Isnin saya bawa beg plastik tu masuk pejabat saya .sambil memikir bagaimana nak menyerahkan beg tersebut kepada Baha. Takut Baha malu nak terima. Takut dia menolak kerana tak mahu simpati dan empati.
Akhirnya saya memanggil Baha masuk kebilik saya . Saya memulakan cerita lain dahulu. Cerita hal buku sketch book yang dia hantar lewat tu.
Dia minta maaf lewat kerana sketch book dia tak kering lagi pagi tu. Rupanya Baha pergikutip surat khabar lama di library, dia sapu cat putih (emulsion) bagi jadi kertas putih untuk dia buat lukisan. Tiap muka surat dipotong empat, dikampoh jadi buku lukisan. Cat tu agak lambat nak kering. Jadi dia bantai lukis atas kertas yang lembab.
Memang la tak menarik , tapi dalam hati saya , ini lah hasil kerja yang paling saya teruja. Kenapa? Dalam situasi kritikal, Baha berupaya menyahut cabaran dengan penyelesaian tugas yang amat kreatif, innovatif dan sensitif.
Walaupun lukisan beliau tak berapa menjadi (sebab permukaan lembab), tapi saya cukup terpikat. Tak sedikit pun Baha mengisyaratkan alasan tak dak duit nak beli sketch book. 
Baha memang bergaya. Saya tahu dia tidak berduit. Dia rajin ke library kerana di situ saja ada mesin water-cooler. Baha tak pernah merungut, tak pernah mengeluh.


Sebelum Baha keluar bilik saya, dengan bersahaja saya buka cerita fasal baju-baju saya yang dah tak boleh pakai dan niat saya nak sedekah kepada Baha. Sambil saya menghulur beg plastik putih. Baha seperti tergaman. Malu-malu dan tergagap-gagapsedikit semasa mengucapkan terima kasih tapi dia tidak memandang muka saya.
Saya tak kisah, saya tahu Baha segan dan mungkin sebak. Selepas tu saya termanggu seorang diri dalam pejabat saya mengenangkan nasib Baha. Lega tiba-tiba. Tak tahu kenapa terasa seperti menang perang Badar.


Esok pagi-pagi saya tak sabar untuk melihat Baha tetapi saya kena buat biasa slumber relek. Jangan nampak sangat, takut Baha malu dan segan. Dari jauh saya nampak kelibat Baha turun bukit jalan kaki. Rupanya tak berubah. Baju seluar dan kasut yang sama. Mungkin dia tak sempat nak pakai pakaian yang amba bagi semalam. Tak mengapa.
Saya tunggu esok bagaimana ? Esoknya Baha datang kuliah berpakaian yang sama. Tak berubah langsung. Saya musykil dan hairan kenapa ? . Dia tak sudi kah? Malu nak pakai kah?. Memandangkan cuti awal semesta dah nak bermula, (cuti seminggu ja) mungkin Baha nak pakai lepas cuti agaknya kot saya mengagak lah. Mungkin dia nak nampak lain sempena buka cuti, andaian saya sahaja. Takkan kasut saya tak muat kot atau seluar slack saya bagi tak boleh pakai. Saiz dia dengan saiz saya tak lah berbeza sangat walau dia muda tapi badan saiz lebih kurang saya.
Lalu cuti awal semester pun bermula.


Cuti awal semester berakhir. 
Pelajar-pelajar mulai masuk kelas semula. Mata saya melilau mencari Baha yang berwajah baru. 
Anda tahu apa jadi?...... Baha masih berwajah dulu. Baju kemeja kelabu tahi anjing yang sama. Koyak di lengan berjahit rapi dah. Kasut kulit koyak dah digam rapat ,tak pakai selepin tape dah. 
Kemusykilan mencuit benak minda saya . Tak boleh jadi nih.
Petang tu sebelum balik saya panggil Baha masuk pejabat saya. Saya bertanya mengapa dia tak pakai pakaian yang saya bagi dulu? Tak muat ka? Tak sudi ka?. 
Baha gagap lagi, tapi dia cepat-cepat menjawab. Memang dia berkenan sangat pakaiantu, berterima kasih sebanyaknya kepada saya , dalam serak-serak Baha berkata pakaian tu dia bagi kat abang dia di kampung, sebab abang dia nak pergi interview kerja. Abang dia lebih memerlukan dari dia. 
Saya terdiam. Sebak dalam hati tak terperi. BAHA MEMANG HEBAT.

Friday, July 8, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MATRIKULASI LABUAN.-hari Ketiga

hari ketiga...pelajar dibenarkan untuk masuk ke bilik kuliah bersama-sama dengan abang dan kakak angkat mereka..cuba anda bayangkan dalam kelas ada 300 pelajar dan salah seorang daripadanya adalah pelajar dari sekolah kita..mereka dibenarkan untuk duduk bersama pelajar lain dan menyaksikan sendiri bagaimana proses Pembelajaran dalam bilik kuliah...bermula jam 730am sampai jam 11.30am..4 kelas yang mereka masuki adalah kelas biologi, kimia, fizik dan sains komputer....pelbagai cerita menarik dikongsikan antaranya mereka diarah untuk bercakap dihadapan semua pelajar matrikulasi..disuruh untuk menjawab soalan yang diberikan oleh pensyarah dan paling best..ada pensyarah menyampaikan kepada cikgu..satu soalan matematik pelajar matrik tidak dapat menjawabnya tapi pelajar kita dapat menjawabnya dengan baik...amin....sebelah petang kami dibawah oleh pelajar matrikulasi untuk aktiviti pantai...berbentuk motivasi..sangat seronok dan ini sebahagian gambar2nya...terima kasih diucapkan diatas jasa baik2 JPP matrikulasi yang memberikan kami layanan KELAS PERTAMA di sini...
 bergambar kenangan pelajar SMKBG2 dan abang dan kakak angkat mereka di tepi pantai...
 pasukan 1...rumah istana dibina bersama kakak angkat mereka
 pasukan 2...rumah istana umpama tahi cacing naik ke atas pasir..hahahahha
 pasukan 3...ni istana pasir kah atau istana zaman purba...
 pasukan 4...emm...bolehlah tahan..hasil kerja bersama kakak angkat mereka
 bolehlah...pasukan 5...paling riuh time di pantai..mcm kebaruan tgk pantai...
 pasukan 6..abang angkat mereka paling excited..hehehehhe
 pasukan 7..pasukan paling gempak konon..padahal..biasa2 saja...
 semua bergambar bersama bas matrikulasi labuan yang memberi kami layana first class disni...
 hah..pilihlah...coklat diborong di labuan time shoping di ujana kewangan tadi..

semoga lawatan kali ini memberi 1001 pengalaman untuk diguna pakai oleh semua peserta demi kebaikan mereka dalam SPM khasnya dan untuk kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang..kepada semua pelajr matrikulasi labuan..tq so much...anda semua mmg the best...pengalaman disini tidak akan dilupakan sampai bila2...


Thursday, July 7, 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MATRIKULASI LABUAN.-hari KEDUA.

HARI KEDUA..semalam telah berlangsung aktiviti penyerahan adik angkat kepada abang dan kakak angkat dan mereka ini akan tinggal bersama-sama mereka dan akan mengikuti satu slot untuk memasuki kuliah bersama kakak / abang2 mereka...kuliah ini akan berlangsung seperti biasa dan disertai oleh pelajar matrikulasi dan pelajar2 kita akan turut serta dalam PnP tersebut. 
 antara gambar2 kakak angkat yang diperolehi oleh setiap peserta. Semua pelajar matrikulasi yang terlibat adalah pelajar cemerlang SPM 10A...
bergambar bersama abang / kakak angkat dan juga pegawai dari HEP serta MPP..
 pusat sumber kolej matrikulasi labuan.
 bergambar bersama Pengarah KML
 pemandangan dari padang KML..semua bangunan dibelakang HANYA bangunan untuk penginapan pelajar.
taklimat kemasukan ke KML..
 lawatan ke terowong arang batu
 lawatan ke tapak lombong arang batu...
 lawatan ke taman burung labuan

aktiviti esok....semua pelajar akan mengikuti abang dan kakak angkat mereka ke bilik kuliah masing2...PnP akan berjalan seperti biasa dan pelajar kita akan join sama seperti pelajar matrikulasi...setiap bilik kuliah akan ada 300 pelajar dan salah seorang daripadanya adalah pelajar kita...sekiranya abg/kakak mempunyai amali di makmal maka pelajar kita akan turut serta selama mana kuliah itu berlangsung...doakan semua selamat....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...